
Inilah dia "gula-gula" yang ditabur kepada rakyat terutamanya para peneroka Felda. Maka dengan perkembangan terbaru pemberian bonus tersebut, adalah diharapkan agar para peneroka dapat menilai segala perancangan ini. Ingatlah, mutakhir ini sebenarnya peneroka telah ditindas oleh majikan mereka iaitu Felda. Lantaran itu para peneroka harus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Felda kini sudah jauh tersasar, dulu felda diwujudkan untuk menolong rakyat namun kini Felda sudah menjadi seperti Along untuk menindas rakyat.


Membawa Masuk Perunding TECHNOPALM
Perunding ini tujuannya adalah untuk menyelia semak syarikat-syarikat di bawah Felda Holding. Syarikat ini diwujudkan setelah Datuk Bakke Salleh dilantik. Anggotanya terdiri dari empat orang pegawai dari kalangan KRONI beliau itu. Tugas mereka ini hanyalah membuat lawatan ke kilang dan ladang dimana sekali lawatan nilai kos yang terpaksa dibayar oleh anak syarikat berkenaan ialah RM8,000 untuk satu projek . Kos ini tidak termasuk sewa hotel dan makan yang di sediakan oleh projek bagi setiap kali lawatan. Nilai ini nampak kecil jika untuk satu projek, tetapi Kilang Felda sahaja mempunyai 72 buah kilang, Felda Plantation mempunyai ratusan ladang dan begitu juga dengan Felda Technoplant.
Jika semuanya ini mereka lawat sudah tentu berjuta wang yang mereka kaut dari Felda Holdings sedangkan hanya beberapa helai kertas sahaja yang digunakan untuk membuat laporan mengenai kebersihan kilang dan ladang . Untuk makluman, Felda Holdings sebelum ini memang telah mewujudkan satu jabatan yang di panggil Unit Inspektorat yang kerjanya khusus bagi kawal selia projek-projek disamping jabatan audit. Di sini kita lihat terdapat dua unit yang menjalankan satu tugas yang sama.
Memperkenalkan Sistem Continuous Sterilizer
Bila dilantik sahaja Datuk Bakke, beliau terus memperkenalkan CS untuk digunakan oleh kilang Felda. Sistem ini adalah satu kaedah yang ternyata telah gagal dilaksanakan semasa beliau di Tabung Haji. Maka beliau pun tanpa rasa bersalah terus memanggil sahabat beliau sebagai kontrator projek berkenaan tanpa memanggil tender terbuka atau sebut harga. Kilang yang pertama adalah Kilang Sawit Felda Pasoh dengan kos permulaan RM5juta. Projek berkenaan siap pada tahun 2007. Bagaimana pun sistem tersebut gagal berfungsi hingga menyebabkan kos ubah suai meningkat hingga RM17 juta. Walaupun begitu banyak wang telah dilaburkan sistem tersebut masih gagal hingga ke hari ini. Untuk menampakkan projek berkenaan seolah-olah berjaya Hj Halim Ahmad selaku CEO Kilang atau lebih dikenali sebagai Budak Suruhan Datuk Bakki telah sanggup menipu FIGURE yang menunjukkan seolah-olah sistem berkenaan telah berjaya walaupun terpaksa menyingkirkan seorang pengurus kilang yang tidak bersalah.
Akibat daripada perbuatan jijik ini, peneroka menghadapi masalah dalam menghantar buah ke kilang dimana kebiasaannya peneroka boleh menghantar buah 4 trip sehari tapi kini hanya 2 trip sahaja. Terdapat pengurus kilang yang telah dibuang kerja kerana gagal menjalankan operasi CS berkenaan dengan baik. Untuk makluman, kilang Tabung Haji telah memberhentikan operasi CS ini bila mendapati ianya tidak berjaya. Itupun setelah Datuk Bakke bertukar ke Felda. Bagi menutup kelemahan mereka, CEO kilang telah mengarahkan pengurus-pengurus kilang membuat Recycle Sludge dari Condensate Sum bagi tujuan meningkatkan perahan minyak. Akibatnya kualiti minyak kilang-kilang Felda menjadi teruk menyebabkan stok menjadi tinggi kerana jualan tidak dapat dilakukan.
Membawa Masuk Pekerja Bangla Ganti Indon

Permohonan untuk menjadi peneroka juga sudah tertutup rapat, kerana semua lot kosong telah diurus oleh Felda Plantations yang membawa pekerja asing. Ia menutup ruang kepada generasi kedua mendapatkan pekerjaan. Begitu juga peluang pekerjaan lain hatta sebagai penoreh getah juga telah diisi oleh buruh Indnonesia. Ini amat mendukacitakan sekali. Dulu Tun Razak wujudkan Felda untuk memberi peluang rakyat miskin mempunyai tanah sebanyak 10 ekar seorang. Namun kini sudah berbeza di zaman anakandanya, Felda sudah diniagakan dan tiada lagi tanah untuk rakyat, sebaliknya oarng asing kini semakin ramai mendiami Felda terutamanya Felda Plantations itu. Kecewa benar Allahyarham Tun Razak melihat senario yang berlaku hari ini, jika beliau masih ada agaknya.
Penyelewengan Tempahan Diari Felda Holdings

Adakah membawa kerugian kepada syarikat (Felda Holdings) jika kerja-kerja itu diserahkan kepada D’Print (anak Syarikat Felda) yang sememangnya nyata akan memberi keuntungan kepada Felda ?. Hasilnya, keluarlah sebuah diari yang hanya mempunyai beberapa ruang kosong untuk ditulis oleh pengguna sedangkan lain-lain ruangan hanya dipenuhi dengan teka-teki dan uji minda yang nyata tidak menunjukkan motif sebenar kegunaan sebuah diari. Jika ianya dibuat oleh Felda D’Print, ianya bukan sahaja lebih elok, malahan lebih berkualiti daripada diari yang diguna pakai sekarang ini. Semuanya ini berlaku akibat perbuatan rakus pihak-pihak tertentu yang dilantik oleh Datuk Bakke yang juga melibatkan kakitangan lantikan beliau yang mengetuai bahagian pengiklanan yang dikenali sebagai Puan Maizan.

Melantik Syarikat Kroni Sebagai Perunding
Banyak lagi perkara-perkara yang melibatkan penggunaan perunding terus tanpa menggunakan sebutharga. Antaranya adalah penggunaan sistem penilaian prestasi melalui KPI yang mana telah dilaksanakan terlebih dahulu pada tahun 2000. Tiada apa yang berbeza antara KPI yang digunakan dahulu dengan KPI yang digunakan sekarang melainkan ianya dilaksanakan melalui perunding sahaja sedangkan semua format penilaian dan juga borang yang digunakan adalah sama seperti format dahulu yang telah dipakai. Lain-lain program yang menggunakan khidmat perunding adalah seperti Six Sigma, Black Belt, ESS/MSS dan E-Learning juga melibatkan pembaziran kepada syarikat apabila penilaian yang sebenar tidak digunakan dengan betul untuk menentukan tahap gaji dan imbuhan yang sepatutnya pekerja terima ( KPI & E-Learning ).

Apakah pula kelebihan yang ada pada Tajuddin Carrim sehingga beliau disambung kontraknya malah telah diberikan kelonggaran untuk bekerja hanya empat hari sahaja dalam seminggu dengan alasan untuk mendalami ilmu agama sedangkan Pengerusi Felda malahan PM dan TPM sendiri pun bekerja lima hari seminggu dan lebih ? Apakah sudah tiada orang lain lagi yang layak untuk memegang dan menggantikan jawatan beliau itu sehingga Felda Holdings sanggup menawarkan kontrak sedemikian rupa ? Sungguh hebat beliau. Seperkara lagi, apakah kaitannya orang yang bernama Maizan dengan Datuk Bakke sehingga beliau dengan sewenang-wenangnya dapat menarik kemasukan perunding-perunding (kroni beliau) dengan mudah dan juga telah diberikan jawatan yang tinggi dalam Felda Holdings. Layakkah pemegang A Level diberikan jawatan Pengurus Kanan dalam syarikat sedangkan ada orang lain yang lebih layak ? Patutkah semua ini berlaku ? Patutkah kita membiarkan lalang sebatang mengawal padi sebendang ? Adakah layak lalang mendapat baja sedangkan padi yang memberi hasil ?
[Justeru itu dengan pendedahan ini, maka terbuktilah apa yang diperjuangkan oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda- ANAK yang dipimpin oleh Sdr. Mazlan Aliman ternyata benar belaka. Beliau juga mempunyai rekod dan bukti tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Felda Technopalm selama ini. Ternyata para peneroka dikerah bekerja, sedangkan hasilnya hanya sedikit sahaja yang diterima. Selebihnya dikaut oleh pihak ketiga yang menjadi talibarut Felda itu. Semoga dengan pendedahan ini juga akan dapat menyedarkan masyarakat peneroka Felda agar memahami situasi sebenar kehidupan mereka ditanah rancangan Felda selama ini. Semoga perkara ini dapat diambil tindakan segera !]. - pahangdaily
3 comments:
kalau macam ni bila la melayu nak maju....
itulah dia umno....umno sendiri yang hancurkan melayu...
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
Assalamualaikum w.b.
Saya amat bersetuju dengan hampir keseluruhan pendedahan tersebut. Walau bagaimanapun di bahagian MEMBAWA MASUK PERUNDING TECHNOPALM saya ingin membuat sedikit pembetulan. Ini disebabkan saya amat mengenali Tuan Hj Ramli Abd Majid yang merupakan tunggak utama syarikat Technopalm tersebut bertahun-tahun lamanya. Beliau bukannya kroni Najib, malah seorang yang amat tegas dan tidak langsung menyokong kebobrokan BN. (Beliau banyak mendedahkan kepincangan dalam beberapa syarikat perladangan GLC selain dari Felda seperti Tabung Haji, Sime Darby dll. Tuan boleh check dengan mereka yg familiar dengan industri sawit)
Beliau adalah merupakan 'the best palm oil plantation consultant' yang dilantik oleh beberapa syarikat perladangan yang juga merupakan orang kuat ISP (Incorporate Society of Planters) - satu badan profesional bebas yang memantau industri perladangan di negara kita sejak tahun 1919 lagi.
Bayaran RM8,000 itu sebenarnya amat rendah berbanding dengan bayaran yg dikenakan ke atas syarikat perladangan swasta lain (syarikat saya membayar RM12,000 untuk konsultant yang serupa. Utk makluman, saya adalah pengarah / pemegang saham terbesar satu syarikat yg disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia. Saya juga AJK PAS Kawasan di Wilayah Persekutuan, jadi ulasan saya diharap tidak berat sebelah, insyaAllah)
Untuk makluman semua, semenjak beliau menjadi perunding, produktiviti syarikat meningkat. Walaupun peningkatan hanya 0.1%, tetapi dengan jumlah ladang yang luas, ia diterjemahkan dengan tambahan pulangan jutaan ringgit. Apalah RM8,000 (yg amat rendah berbanding dengan yuran professional sebenar) berbanding keuntungan RMjuta.
Untuk makluman juga, amatlah tidak benar dan tidak adil menuduh mereka dengan 'berjuta wang yg dikaut' kerana jumlah 'professional fees' yang mereka terima adalah tidak sebanyak itu. Begitu juga, tugas mereka yang memerlukan penyelidikan untuk menghasilkan lapuran bukan beberapa helai kertas seperti yang dinyatakan; juga amat tidak adil terutamanya bagi mereka yang berkecimpung sebagai juru-perunding professional.
Wassalam.
Bab mengaitkan harga sawit di pasaran antarabangsa dengan pilihanraya tu jelas terlalu cetek akal.
Post a Comment