KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Fenomena pertandingan dalam pemilihan Umno yang bakal menyaksikan perebutan jawatan melibatkan ramai yang menawarkan diri disifatkan sebagai suatu ilusi.
Bahkan ketika diminta mengulas jangkaan dalam proses pemilihan pada kali ini, beliau merasakan tiada apa-apa yang menarik akan berlaku nanti.
"Tiada apa-apa yang menarik akan berlaku selagi mana adanya sistem kuota dan ini bermakna tidak akan ada apa-apa perubahan," katanya menyentuh sistem kuota yang ditetapkan oleh parti pemerintah itu bahawa seorang calon yang ingin bertanding jawatan presiden mesti memiliki pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus bagi melayakkan diri mereka.
Ditanya mengenai kemungkinan tindakan beberapa figur pimpinan parti itu mencerminkan pemberontakan dalaman, beliau berkata tiada apa-apa demokrasi di dalam Umno.
Dalam pada itu, profesor tersebut juga menjelaskan mengenai pengumuman yang dibuat Abdullah mengenai penggantinya iaitu Timbalan Presiden beliau mengatakan bahawa ianya tidak akan mengubah apa-apa.
"Ianya tidak memberi sebarang kesan sama ada kepada Umno mahupun negara," ujarnya.
Bahkan katanya lagi, selama ini pun Abdullah telah menjadi liabiliti atau beban kepada parti yang dipimpinnya serta negara yang merupakan amanah yang diberikan mandat oleh rakyat.
"Abdullah, sama ada dia pertahankan atau dia bertanding jawatan tersebut, dia sememangnya telah tiada kredibiliti malah dia telah mempercepatkan proses kejatuhan umno.
"Jika dilihat semua cadangannya seperti Islam Hadhari, koridor pembangunan ekonomi dan sebagainya, semua tidak menjadi kerana dia merupakan pemimpin yang tiada aura dan kekuatan.
"Apatah lagi, dalam keadaan ekonomi yang meruncing, pemimpin partinya masih boleh hangat memikirkan tentang kuasa dan pertandingan merebit jawatan di peringkat parti, sekaligus membuktikan seolah-olah mereka mengabaikan mandat rakyat untuk menguruskan masalah negara," tegasnya.
Mengulas lanjut mengenai pengganti Abdullah, Dato' Seri Najib, beliau menyifatkan pelantikan tersebut akan mengeruhkan lagi masalah yang sedia ada.
"Najib akan menutup semua ruang demokrasi yang dibuka oleh Abdullah, bahkan beliau juga akan merosakkan negara dengan skandal moral dan korupsi selain kelemahan pengurusan kewangan dalam beberapa program kerajaan.
"Beliau (Najib) juga merupakan proksi kepada Mahathir selain isterinya, Datin Rosmah Mansor," ujarnya lagi.
Banyak pihak hangat membicarakan mengenai agenda pemilihan parti pemerintah, Umno dalam keadaan negara sedang teruk dilanda krisis ekonomi.
No comments:
Post a Comment