17 October 2008

Pakatan Rakyat kecam Menteri Dalam Negeri - Malaysiakini

Pakatan Rakyat mengecam keras keputusan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar mengharamkan Hindraf atas alasan kononnya pertubuhan ini “memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak”.

Beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak badan-badan gabungan, NGO, kumpulan prihatin muncul untuk menjuarai pelbagai isu. Kami hairan kenapa Hindraf satu sahaja disasar?

Keputusan Menteri mengharamkan Hindraf ekoran insiden lawatan Hindraf ke majlis rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri di PWTC baru-baru ini jelas melanggari prinsip hak asasi dan demokrasi, malah menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.

Lawatan Hindraf ke rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri baru-baru ini merupakan kunjungan biasa masyarakat Malaysia berbilang kaum ke majlis rumah terbuka setiap tahun. Di samping kunjungan hormat, aktivis Hindraf juga menyerah memorandum kepada Perdana Menteri agar membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) sejak tahun lepas.

Seperti orang awam yang juga hadir dalam majlis terbuka hari raya tersebut, aktivis Hindraf telah berbaris dan masuk ke dalam dewan secara baik untuk bertemu dengan Perdana Menteri. Malah, mereka yang menuntut untuk membebaskan tahanan ISA termasuk juga penyokong Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah berada di majlis rumah terbuka yang sama, dan bukan aktivis Hindraf sahaja.

Dalam semangat Ramadhan dan Aidilfitri, kami sentiasa harus mengingatkan nasib kaum-kaum yang dipinggir atau tertindas. Walaupun kami tidak semestinya bersetuju sepenuhnya segala tuntutan Hindraf, namun kami menegaskan bahawa masalah dan isu penting yang dihadapi masyarakat India harus ditangani dengan cara musyawarah.

Kami khuatir tindakan yang merupakan penindasan hak asasi masyarakat sivil ini akan menimbulkan kemarahan masyarakat India dan seterusnya akan menambahkan lagi ketegangan antara kaum.

Kami mendesak: -
1) Kerajaan menghentikan penindasan ke atas mana-mana pergerakan sivil
2) Kerajaan membebaskan semua tahanan ISA serta merta dan mansuhkan ISA

Kenyataan ini di bacakan oleh Setiasuaha Agung PAS, YB Dato Kamarudin Jaffar, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan Wakil DAP, YB Tony Pua Kiam Wee (DAP PJ Utara), di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 2008.

Sementera itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan menarik balik pengharaman terhadap Hindu Rights Actions Force (Hindraf).

Bernama melaporkan, tiga pesuruhjayanya, Tan Sri Simon Sipaun, Dato’ Dr Michael Yeoh Oon Kheng dan Dato’ Dr Denison Jayasooria dalam satu kenyataan bersama semalam berkata pengharaman itu akan menyisihkan pergerakan sosial berkenaan daripada masyarakat arus perdana.
Baca lagi »


No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese