Info Pahang: PAS Ambil Langkah Untuk Memperkukuhkan Pakatan Rakyat !!
TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, PAS Pahang mengambil langkah sewajarnya bagi merealisasikan keputusan Muktamar PAS Pusat baru-baru ini dengan memperkukuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu. Katanya, pihaknya telah menubuhkan sekretariat Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan KeADILan bagi menggantikan sekretariat Barisan Alternatif BA yang dianggotai PAS, KeADILan sebelum ini. Sekretariat itu kini dipengerusi oleh PAS yang dianggotai pemimpin ketiga-tiga parti dan telah mengadakan mesyuaratnya baru-baru ini. Menurutnya, antara keputusan awal yang dibuat sekretariat ialah mengadakan mesyuarat setiap dua bulan sekali, memutuskan setiap kenyataan rasmi Pakatan Rakyat hendaklah diluluskan pemimpin ketiga-tiga parti. Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan seminar khas membabitkan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat Pahang kini mempunyai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua Ahli Parlimen itu ialah dua (PAS) dan dua DAP manakala KeADILan mempunyai dua Ahli Parlimen. Kawasan (Dun) yang dimenangi Pakatan Rakyat ialah Tras (Raub), Triang (Bera), Kuala Semantan (Temerloh), Beserah (Inderamahkota) manakala kawasan parlimen ialah Kuantan dan Indera Mahkota. Seorang lagi Adun pembangkang di dalam Dun Pahang ialah dari kawasan Tanah Rata (Bebas).
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat Pahang juga telah dan sedang menjalin hubungan baik dengan Adun Umno-BN dalam usaha menggalakkan mereka berhijrah. Difahamkan terdapat beberapa Adun Umno-BN yang berminat untuk berhijrah dan telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pemimpin Pakatan Rakyat Pahang. Katanya, hasil pertemuan itu memperlihatkan suatu yang positif dan Adun Umno-BN turut menyedari masalah yang sedang melanda parti mereka, Umno.
"Mereka melihat kecelaruan di dalam Umno tidak membawa kebaikan kepada negara yang memerlukan kestabilan dan kemimpinan yang kuat serta dihormati semua pihak. "Adun-adun Umno ini melihat parti mereka dalam keadaan kritikal dengan masalah politik wang/rasuah dalam parti yang tidak dapat dikawal lagi. Sebahagianya ada yang kecewa kerana merasa dicantas dan sebagainya," ujarnya. Menurutnya, bagaimanapun Adun Umno itu mengambil sikap tunggu dan melihat perubahan menyeluruh di peringkat pusat terlebih dahulu. Mereka juga menunggu peristiwa besar iaitu perletakan jawatan perdana menteri dan peralihan kuasa yang bakal diumumkanya sebelum membuat pendirian. Sumber: Sidang Online

1 comment:
Yes, lets work extra hard and form the next clean and just state goverment
Post a Comment