Nampaknya senario yang tidak menentu dalam politik negara mutakhir ini menyebabkan puak-puak UMNO semakin menggelabah dan bertelagah sesama sendiri. Peralihan kuasa yang dimaksudkan bakal menjerumus parti itu ke arah kehancuran. Inilah padahnya bila kuasa mengatasi segala-galanya. Demi mempertahankan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan risiko dan akibatnya di kemudian hari. Anehnya, baru sekarang mereka mula memikirkan kehendak rakyat. Dalam isu minyak misalnya, baru sekarang mereka mula pandai "menurunkannya setiap kali pasaran minyak global turun".
Jika tidak, sebelum ini berbagai alasan diberikan jika ada usaha untuk menurunkan harga minyak. Sebaliknya bila harga dinaikkan, maka cerita yang sama dimainkan iaitu "pasaran minyak global naik maka minyak negara juga mesti dinaikkan". Rakyat sudah muak dan melihat perkara ini dengan berhati-hati. Rakyat sudah mula menilai pemimpin yang mereka pilih. Lantaran itulah kini rakyat sudah mula ditakuti dan bisa bersuara. Jika tidak kerana Anwar, masakan minyak akan turun. Begitulah pandangan rakyat mengenai hal ini.
Namun kini, semuanya sudah terlambat. Buatlah peralihan kuasa macam mana sekalipun, jika ia masih berkisarkan dalaman UMNO. Maka rakyat sudah tidak percaya dan hilang keyakinan. Derita rakyat sudah berada dikemuncaknya. Mereka mahukan perubahan bukannya peralihan kuasa. Kuasa dialih tapi sistemnya tetap sama, mana mungkin rakyat dapat hidup selesa. Maka itulah perubahan kerajaan yang diperlukan sekarang. Menyedari hakikat ini maka lucu benar bila melihat kenyataan TPM Najib Razak di media hari ini. Beliau mula pandai menyebut "Suara Rakyat Suara Keramat" !!. Agaknya beliau lupa, itulah ungkapan yang sering digunakan oleh Anwar selama ini. Entah mengapa, tiba-tiba Najib terkena badi Anwar agaknya atau beliau bermimpi disiang hari memikirkan sempat atau tidak untuk beliau menjadi Perdana Menteri bulan Mac 2009 nanti.
[Apapun tahniah diucapkan kepada Najib yang sudah mula faham suara rakyat suara keramat. Maka itu jangan sesekali menyakitkan hati dan merosakkan kepercayaan rakyat. Najib sepatutnya belajar dan mencontohi kepimpinan ayahnya Tun Razak. Namun, mungkin dek kerana beliau tidak habis belajar di London dulu, terpaksa dipanggil balik ke Pahang untuk bergelar Menteri Besar dalam usia mudanya. Lantaran itulah Najib gagal untuk membuat pertimbangan dalam sesetengah isu masa ini. Runtuhnya UMNO maka hilanglah Najib nanti !] - Pahangdaily

No comments:
Post a Comment