

Ada dua doa yang mungkin akan didoakan oleh Najib pada Maghrib ini kemudian membawa ke Isyak kemudian ke Subuh iaini doa agar besok tidak ada apa-apa perkembangan tidak baik berlaku kepada kes pakar perunding dan penasihat politiknya Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya dengan Chif Inspektor Azilah Hadri bersama Koperasl Sirul Azhar Umar.
Esok mahkamah Mahakamah Tinggi, akan menentukan apakah mereka bertiga akan dibebaskan dari tuduhan membunuh itu ataupun akan dipanggil membela diri. Sekiranya terdapat prima farcie ketiga mereka akan dipanggil membela diri.

Kenapa Najib atau Rosmah mendoa dan meminta agar mereka bertiga selamat kerana sebelum ini nama mereka turut dibabitkan secara tidak langsung berhubung kes berkenaan. Nama Najib turut disebut semasa perbicaraan kes berkenaan. Manakala nama Rosmah pula dikait secara terang menerusi satu surat sumpah (SD) yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin. Raja Petra Kamaruddin mendakwa Rosmah tahu bagaimana letupan mayat Altantuya itu dilakukan.
Sudah pasti walaupun kaitan itu mungkin berniat jahat tetapi kalau dalam perbicaraan membela diri ketiga tertuduh itu kelak, nama mereka akan turut disebut dan dikaitkan ia boleh memberi kesan dan implikasi buruk. Tambah-tambah lagi kepada Najib yang akan dinobat sebagai PM pada Mac depan.
Adalah tidak manis sekali kalau nama bakal Perdana Menteri disebut dalam mahkamah yang membicarakan orang yang dituduh membunuh. Ia boleh menyebabkan akan timbul berbagai persepsi. Pembunuhan Altantuya menarik perhatian kerana ia sangat kejam dalam sejarah pembunuh negara ini di mana mayat atau badannya diletup dengan menggunakan peledak C4 kepunyaan tentera.

Banyak untung dan baiknya bagi mereka berdua kalau Abdullah mempercepatkan perhimpunan agung Umno. Bila cepat Abdullah turun maka cepatlah pula Najib akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Melewatkan peralihan itu boleh membahayakan Najib. Najib dan Rosmah mungkin arif dalam politik apa saja boleh berlaku termasuk hal-hal diluar perkiraan manusia. Sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai tetapi jangan rasa mustahil dengan tindakan orang politik! Itu madah saya.
Pangkat dan kuasa dalam politik macamlah makanan yang hendak disuap ke mulut. Adanya kalahnya sebelum sempat dilontar ke mulut walaupun ianya sudah berada di bibir, makanan itu tuk... jauh ke tanah. Apa yang mencemaskan Najib dan Rosmah ialah takut peralihan kuasa itu menjadi peralihan angin sahaja.
Kepada Najib dan Rosmah selamat berdoa! - MSO
No comments:
Post a Comment