KUALA TERENGGANU, 31 Okt: Para pemuda PAS di seluruh Terengganu diminta menerima hakikat PAS adalah sebuah parti politik dan dakwah yang perlu bekerjasama dengan semua pihak bagi mencapai matlamat perjuangannya.
Oleh itu, seluruh jentera PAS perlu bekerjasama dengan parti-parti lain bagi membolehkan PAS bersama-sama mentadbir negara.
Demikian ingatan Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika bercakap kepada lebih 1,000 peserta Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) di pantai Cendering Sabtu lepas.
Himpit adalah progam tahunan yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Terengganu untuk ahli-ahlinya di seluruh negeri itu.
Mustafa menganggap, Pemuda PAS adalah kilang memproses dan membentuk kepimpinan PAS di masa depan.
Salah satu dari bengkelnya adalah melalui program Himpit yang dianjurkan setiap tahun ini.
"Sebab itu, Umno sebagai parti yang terbesar dalam Barisan Nasional pun tidak boleh memerintah sendiri tanpa kerjasama dengan parti-parti lain dalam BN.
"Kerana itulah, kita perlu bekerjasama sebaik mungkin dengan PKR dan DAP yang menjadi rakan kita sekarang dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika memberikan ucapan penutup di majlis yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu. - Siasah

No comments:
Post a Comment