Kuala Terengganu - Seorang kerani yang menggemparkan kerana merendam bayi selepas melahirkannya bersendirian kemudian membuangnya di masjid Tengku Tengah Zaharah (terapung) dua minggu lalu, mengaku bersalah membuang bayi tetapi tidak mengaku menyebabkan kematian bayi itu. Sabariah Yatim, 21, dari Kampung Lubuk Kawah, Jertih, Besut, membuat pengakuan demikian ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Bernama melaporkan, Sabariah kelihatan tenang ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.
Mohammad Khalid kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut pertuduhan pertama, Sabariah didakwa mengikut Seksyen 309A, dengan sengaja menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkanya antara kira-kira jam 9 malam pada 10 Okt dan 6.15 pagi 11 Okt bertempat di Masjid Tengku Tengah Zaharah.
Beliau juga didakwa mengikut pertuduhan pilihan, bahawa beliau secara rahsia membuang bayi itu sama ada mati sebelum atau selepas atau semasa dilahirkan dan dengan sengaja menyembunyikan kelahiran tersebut.
Atas pertuduhan pertama, jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, manakala pertuduhan pilihan, boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pendakwa Raya Amer Abu Bakar manakala Sabariah diwakili oleh peguam Zikri Jusoh.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 19 Jan tahun depan. - buletinonline

No comments:
Post a Comment