11 October 2008

Media perdana ‘putar belit’ pencalonan Ketua Pemuda UMNO - Malaysiakini

Perlumbaan untuk mendapatkan pencalonan Ketua Pemuda UMNO bermula semenjak semalam. Pemuda Bahagian mula mengadakan mesyuarat Bahagian, pemilihan jawatan dan memberikan pencalonan bermula semenjak semalam.

Media perdana melaporkan bahawa Exco Pemuda dan MP Jerlun Dato’ Mukhriz Mahathir mendahului penamaan calon berbanding calon lain iaitu Naib Ketua Pemuda dan MP Rembau Khairy Jamaluddin, Mantan MB Selangor Dato’ Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Dato’ Zahidi Zainul Abidin. Setakat ini, ianya 5:4:1:0.

Sebenarnya, laporan ini tidak tepat. Mukhriz mendapat lebih pencalonan dari sebagaimana dilaporkan. Setakat ini, Muhriz dicalonkan Bahagian Kimanis, Jerlun, Besut, Alor Setar, Cameron Highlands dan Bukit Gelugor, mendahului saingan terdekat Khairy Jamaluddin yang hanya mendapat empat.

Ini merupakan usaha media perdana untuk ‘memutar belitkan’ (spin) maklumat agar calon pro-Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telahpun ditolak majoriti akar umbi diterima peringkat Pemuda UMNO. Ini tidak lain dari permainan kotor pengarang media perdana untuk memaparkan seolah olah calon seperti Khairy Jamaluddin adalah lebih diterima berbanding calon yang cuba membawa perubahan seperti Mukhriz.

Realitinya, profil tinggi keatas Khairy sebenarnya hanya palsu semata mata. Mukhriz, calon yang dilihat sebagai ‘kurang terserlah’ (underdog) merupakan perubahan yang akar umbi Pemuda UMNO dambakan, dalam keadaan dimana UMNO tidak lagi diterima oleh generasi muda, termasuk dikalangan orang Melayu.

Pemuda UMNO peringkat Bahagian dewasa ini sudah mampu membuat penialaian terbaik, menentukan survival sayap kiri parti nasionalis ini dapat diteruskan lagi.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese