06 October 2008

Mahfuz Omar: PM rangka strategi sebelum bersara - Malaysiakini

Umno kini mengalami fasa Kelam, kata Ahli Parlimen BN Pulai,
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar membayangkan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang merangka satu strategi politik sebelum bersara termasuk sistem kuota dalam amalan pemilihan Majlis Tertinggi Umno.

Tindakan ini katanya akan dilakukan bagi meningkatkan imejnya sebagai Presiden dan PM sebelum bersara dalam bidang politik.

Tujuan ini bagi tujuan membuka peluang kepada semua ahli bertanding dalam peringkat tertinggi parti.

Terbaru Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. semalam mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menjadikannya pemimpin ketiga menawarkan diri ke jawatan itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri masing-masing bertanding jawatan itu, minggu lalu.

Nur Jazlan, 42, berkata keputusan itu sebagai inisiatif kepada perwakilan untuk memilih calon muda bagi menyuntik semangat baru kepada parti selain mengambil kira isyarat rakyat yang mahu Umno ‘diremajakan’.

“Saya mewakili generasi baru yang bukan daripada pentadbiran dua pemimpin terdahulu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden, Tun Dr Mahathir Mohammad oleh itu saya tidak akan dilihat sebagai kesinambungan kepada sesiapa. Saya akan bawa nafas baru.

“Ia juga berdasarkan senario politik semasa yang mahu wakil muda berganding dengan Datuk Seri Najib Razak yang dilihat bakal menerajui Umno selepas ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau yang juga calon termuda menawarkan diri setakat ini, berharap dengan menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu akan membuka minda perwakilan membuat keputusan berdasarkan keperluan utama parti yang terbukti tidak lagi kebal selepas pilihan raya lalu dan bakal kehilangan pengaruh jika tidak diberi nafas baru.

“Kalau kita lihat sekarang Barisan Nasional (BN) sedang melalui fasa yang kelam dan Umno sebagai tonggak perlu diperkukuhkan supaya BN kembali kuat. Jika lambat dan menidakkan isyarat rakyat saya khuatir ia terus melemahkan parti. Bagi saya isyarat rakyat jelas Umno perlu ‘diremajakan’ supaya selaras kehendak semasa yang mahu perubahan,” katanya. http://mppas.wordpress.com

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese