26 October 2008

Mahathir! bertaubatlah... - Malaysiakini

Mahathir lah punca segalanya...

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan insitusi Raja-Raja Melayu dengan pindaan Perlembagaan pada tahun 1980an;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang menghancurkan institusi kehakiman dengan pemecatan haram Tun Salleh Abas;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mencemar institusi Islam; menghina Nabi, memecat Mufti dan mempertikai hukum Islam;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya menghancurkan kuasa politik Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya setelah pembangkang menang besar dalam pilihanraya 1999 sehingga menyebabkan tidak ujud lagi kawasan majoriti Melayu mutlak, sebaliknya pengundi bukan Melayu menjadi pengundi penentu;

Kita tidak lupa Mahathirlah orangnya yang mengajar kita kurang ajar dengan bersikap kurang ajar terhadap YAM Tunku Abdul Rahman;

Hari ini kita melihat Mahathir bercakap dan berkokok seolah-olah beliau bersih suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan; sedangkan tangan beliau kotor berlumuran dengan najis-najis mengotorkan Islam dan bangsa Melayu.

Kepada Mahathir saya nasihatkan supaya ..bertaubatlah..gunalah masa tambahan yang diberi ALLAH untuk menambahkan 'amal ibadah..

Rumah dah nak halau pergi..kubor dok panggil mari-mari..
MAHATHIR..PLEASE KEEP QUIET.. - keADILanUtara

Warisan Mahathir

Tatkala beransur meninggalkan majlis rumah terbuka Nurul Izzah Anwar petang semalam, saya dan Amin berbicara ringkas tentang perkembangan politik semasa. Kata Amin, Dr. Mahathir Mohamad berjaya 'membersihkan' dirinya dengan memalitkan Perdana Menteri Abdullah Badawi dengan pelbagai macam label dan kelemahan.

Kini, Abdullah sekadar Perdana Menteri pada nama, walhal segala urusan lebih menampakkan seolah-olah Najib Razak yang mengawalnya. Tentunya, di belakang Najib Razak percaturan direncana oleh Dr. Mahathir.

Kelicikan Dr. Mahathir sebagai seorang 'binatang politik' sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Umum tentu masih ingat bagaimana beliau -- sepuluh tahun lalu -- telah membentuk persepsi negatif di kalangan rakyat tentang Anwar Ibrahim. Anwar digambarkan sebagai seorang oportunis yang bakal menggadaikan maruah negara semata-mata untuk memenuhi impiannya memimpin Malaysia.

Seandainya kita meneliti makalah dan catitan politik nasional sepanjang lebih 20 tahun lalu, adalah cukup mudah untuk membuat kesimpulan bahawa Dr. Mahathir merupakan antara individu yang bertanggungjawab membentuk sistem dan institusi di Malaysia sehingga ianya menjadi bejat dan karat. Apa yang menyedihkan, segala kebejatan tersebut kini diwarisi oleh Abdullah Badawi.

Saya tidak akan pernah menafikan jasa Dr. Mahathir dalam menyumbangkan kecerdasannya sebagai seorang pemimpin tatkala menjadi Perdana Menteri namun demikian harus diingat bahawa pada ketika beliau berjaya memacu pembangunan negara ke tahap unggul, akar-akar kemanusiaan, kebebasan dan keadilan dicabut dan dimatikan secara kejam.

Abdullah pula, dalam percubaannya untuk membersihkan warisan bejat peninggalan Dr. Mahathir itu terpaksa membayar dengan harga yang cukup tinggi. Beliau kehilangan kredibilti, reputasi dan akan dikenang sebagai Perdana Menteri paling tidak efisien dalam sejarah Malaysia moden.

Tempoh lima bulan terakhir beliau sebagai Perdana Menteri semestinya tidak mencukupi dalam agendanya untuk melaksanakan beberapa pembaharuan yang selama ini diabaikan. Abdullah sewajarnya memikirkan semula keputusannya untuk menyerahkan teraju kepimpinan kepada Najib Razak. Barangkali Najib perlu dinilai prestasinya melalui tindakan beliau dalam mengatasi kemelut ekonomi negara yang semakin hari kelihatan semakin meruncing.

Saya yakin, seandainya kemelut ekonomi yang sedang dihadapi oleh Malaysia pada masa ini tidak berjaya ditangani dengan cekap, maka Abdullah -- dalam tempoh lima bulan akan datang --- harus mulai memikirkan sesuatu untuk mengatasinya. Mungkin beliau wajar bertindak sebagaimana yang dilakukan oleh Dr. Mahathir pada 2 September 1998! - najwanhalimi

5 comments:

Anonymous said...

Nik hassan saya percaya kamu telah diperalatkan oleh orang KAFIR yang laknat.
Ingatlah selalu pada ALLAH. Tiap DETIK harus pada ALLAH.

Anonymous said...

Dear anonymous

Apa benda ni Nik Hassan diperalat oleh kafir? Kamu siapa?

Nak bela Dr M sehingga kata orang macam itu?. Berapa umur kamu dan apa yang kamu tahu?. Professor?, Pakar politik Malaysia? Pakar politik antarabangsa?.

Dr M tak ada buat salah ke?. Tak betul ke apa yang Nik Hassan tulis tu? Cuba fikir!

Pada tahun 1968, Dr M sudah membina hubungan dengan Henry Kissinger dan Harvard business school. Sejak 1968!. Anonymous, kamu di mana masa itu?. Tahu siapa Henry Kissinger ni?.

Bacalah Biography Henry Kissinger....beliau dengan bongkak menyatakan bahawa beliau boleh masuk ke pejabat Dr M sewaktu Dr M menjadi PM Malaysia 'pada bila-bila masa sahaja!'.

Apa bangsa Henry Kissinger ini?. Apa agama yang Henry Kissinger anuti?. Siapa tuhan Henry Kissinger ni?.

Pada 1997, Henry Kissinger menyertai Anwar dalam seminar antarabangsa di Kuala Lumpur. Kissinger bawa Cohen bersama. Maka keluarlah gambar dalam buku 50 dalil yang Anwar ditunggang/agen Yahudi!. Betul ke?

Bagi saya, Dr M gunakan gurunya (Kissinger) dan anak murid gurunya (cohen) untuk bunuh dan hitamkan nama Anwar!. Juga, gambar Cohen sambut Anwar di Pentagon sewaktu beliau (Cohen) menjadi Setiausaha Pertahanan US sewaktu Anwar (TPM) melawat Pentagon diguna juga dalam buku 50 Dalil!.

Anonymous, harus kamu ingat, Cohen adalah seorang senator dari parti republikan yang telah meletakkan jawatan lalu dipilih oleh Bill Clinton seorang Presiden USA dari parti Demokrat untuk menjadi Setiausaha Pertahanan US!....Boleh ke Pak Lah Lantik seorang ahli parlimen PAS/PKR untuk menjadi Menteri Pertahanan?....MUSTAHIL kan?. Tapi perkara ini terjadi di USA!....Anonymous, perkara ini tak mustahil, sebab kita kena tahu siapa perancang ini semua....Henry Kissinger!. Maka kita juga kena tahu mainan politik antarabangsa (dibaca YAHUDI)untuk kita tahu bagaimana mereka main negara-negara dunia ketiga ni...

Bagaimana Al Malik Faizal (Saudi Arabia), Zulfikar Ali Bhutto (Pakistan), Zia Ul Haq (Pakistan), Sukarno (Indonesia), Benazir Bhutto ( Pakistan)...terhapus? atau terbunuh?...

Siapa yang diperalatkan oleh KAFIR?. Siapa yang telah dan sedang tidur sebantal dengan KAFIRIN sejak 1968?.

Anonymous, ingat, pada akhir 1968, setelah mendapat 'endorsement' Yahudi US, Dr M cucuk Tunku. Kemudian bersama-sama Tun Razak, Dr M gunakan Datuk Harun Idris.... maka berakhirlah episod itu dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Datuk Harun seorang pemimpin Melayu yang berjiwa Melayu di'bunuh' dan Dr M meletakkan dirinya sebagai 'heir apperent' dalam UMNO.

Datuk Harun Idris, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim adalah 3 nama Melayu yang telah 'dihapus' oleh UMNO!....

Ini semua sejarah yang benar dan nyata.

Ikhlas

The Mind!

Anonymous said...

Say ingin mengucapkan syabas kepada "The Mind". Saya harap "the Mind" akan sentiasa menghapuskan fikiran karut dan karat yang sentiasa dikemukakan olih orang2 UMNO yang jelas tidak mempunyai daya pemikiran rang waras dan hanya mampu memfitnah dan mencarut. Itu lah mentaliti orang2 UMNO.

Anonymous said...

Dear Anonymous

You stayed glued and focussed in this site to whack whoever writes against the government. Period!.

Bacalah mana2 site yang pro pembaharuan, akan ada orang-orang macam hangpa yang mengecilkan tulisan dan pandangan orang lain demi kebaikan. Tugas anda semua adalah untuk 'derail the credibility of truth' yang diberi kepada pembaca demi kebaikan.

U wrote saya "menghapuskan fikiran karut dan karat yang sentiasa dikemukakan olih orang2 UMNO yang jelas tidak mempunyai daya fikiran yang waras'

Suddenly, you seems to be on the side belittling orang2 UMNO?. Hello!. Bacalah apa yang Tn Nik Hassan tulis pasal Dr M. Hang yang belasah Nik Hassan. When I write 'in the same wavelength as Nik Hassan' pointing the real truth about who this Dr M is really is, where almost everyone in Malaysia did not have the knowledge about, suddenly you congratulate me stating saya menghapuskan pemikiran karut dan karat yang diberi olih orang2 UMNO!.

Amende ni Mr anonymous?. Siapa orang2 Umno yang hang maksudkan?Sebenarnya you all takut rakyat Melayu/Islam kenal siapa sebenarnya 'pemimpin-peminpin' kerajaan...ie UMNO.

Inilah kerja hangpa, to confuse the readers tentang siapa sebenarnya yang betul ikhlas untuk membawa perubahan. Fakta2 yang diberi di salah ertikan, di salah kem kan.

It was you yang hanya pandai memfitnah dan mencarut apabila you said Nik Hassan diperalatkan oleh orang2 kafir yang laknat!. Sebenarnya, saya telah mengemukakan fakta bahawa Dr M adalah manusia yang telah diperkudakan oleh Kafirin Yahudi!. Dia sanggup buat apa yang dia buat kepada negara ini sebab dia sudah di beri laluan untuk memerintah negara ini selama 22 tahun.

Dia yang terkenal dengan fahaman 'matlamat menghalalkan cara' telah memperkosa segala institusi negara ini sehingga parah negara ini. Dia buat semua ini untuk kepentingan siapa?. Yang untung jika negara ini hancur siapa?.

Dr M has to serve the interest of HIS POLITICAL MASTERS sebab mereka sudah beri dia laluan....endorsed and accepted to lead the nations....seperti juga nama2 seperti Lee Kuan Yew, Yasuhiro Nakasone, Bulent Ecivit, dll yang seperti Dr M telah di terima masuk oleh Henry Kissinger menyertai 'summer gathering' anjuran nya di Harvard setiap tahun.

Sewaktu fall 1994 di Chicago, saya berkesempatan bertemu dengan YB Nazri Aziz membawa ramai budak-budak pemuda UMNO. Mereka semua sedang dalam perjalanan untuk menyertai satu perkhemahan politik di Washington DC. Dengan bangga mereka memberitahu kami (orang2 Melayu kampong) yang kebetulan terserempak dengan mereka di Chicago!

Kalau pada 1968, Dr M pergi sorang-sorang secara rahsia, pada 1994 berpuloh budak-budak pemuda dihantar oleh UMNO untuk menjadi kumpulan yang akan diendorse dan accepted to lead?. Padanlah hari ini YB Nazri Aziz bukan main penting suaranya dalam negara Malaysia ni. Jaga perjalanan Parlimen Malaysia yang akan menentukan undang2 negara yang dicadangkan, dipinda atau menutup mana2 isu yang perlu dibahaskan!. Sewaktu bencana September 11 2001, YB Nazri Aziz telah diberi pengiktirafan oleh Dr M untuk mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia menandatangani buku takziah di Kedutaan Malaysia di Kuala Lumpur!. PENTING TU!

Maka orang-orang Melayu pun terus dicanang dengan nama2 orang2 yang akan memimpin mereka ....kini dalam musim memilih ni.... pemilihan UMNO. Nampak tak nama2 seperti Najib, Muhyiddin, Hishamudin, Zahid, Rais diketengahkan....juga Mukhriz, Khairy....

Yang pasti, UMNO's 'internal mechanism' akan hapuskan Muhyiddin kelak. Sama caranya Datuk Harun, Tengku Razaleigh, Anwar dihapuskan oleh UMNO. Lepas tu, tengoklah Zahid juga akan terhapus. Cuma mereka2 ni tak tau belajar dari trend UMNO yang telah berlaku...

Sedih....ada Melayu...makan Melayu...agama Islam hancur...

Ikhlas

The Mind!

my42u said...

Dear The Mind & semua Blogger.
Komen2 anonymous kebanyakannya tidak jujur, tidak ikhlas dan mengelirukan. Dia ni spesis lebih teruk dari lalang, jadi barua UMNO agaknya. Elok bagi dia ROUNDUP + RACUN TIKUS je. Tak perlu siarkan komen2 beliau yang tidak membina,berfikiran sempit & mengampu. Orang jenis ni memang ramai kat UMNO.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese