Dengan tajuk berita ‘Taliban cungkil mata petani dituduh perisik kerajaan’, Utusan Malaysia sebenar telah cuba menanam prejudis khususnya kepada pergerakan Taliban agar dituduh sebagai pergerakan ganas, kejam dan sadis. Sedarkah Utusan Malaysia bahawa tajuk berita sedemikian telah menggambarkan bahawa pihak Taliban telah dipastikan dengan sebenar-benarnya telah melakukan jenayah tersebut. Mungkin bersumberkan daripada agensi berita barat yang sering kali bersikap bias, Utusan Malaysia tanpa sebarang penapisan terus memuatkannya di muka hadapan tanpa memikirkan kesan terhadap psikologi rakyat Malaysia yang berbilang agama.
Pergerakan Taliban tentunya tidaklah mewakili Islam. Namun, setidak-tidaknya Taliban sentiasa mendakwa mereka berjuang untuk ketuanan Islam di tanah tempat lahir mereka. Sebarang prejudis terhadap mereka boleh membawa kepada prejudis terhadap Islam itu sendiri. Bukankah Utusan Malaysia sendiri pun berusaha untuk menjadi pejuang Islam yang sejati sehingga menubuhkan Tabung Azan semata-mata untuk memastikan laungan azan dapat terus dikumandangkan?
Taliban hanya disyaki sahaja. Itu pun oleh pihak ketiga. Petani tersebut sendiri pun enggan membuat pendedahan siapakah yang bertanggungjawab. Bahkan pihak Taliban sendiri telah membuat penafian sekeras-kerasnya terhadap insiden tersebut. Sila rujuk http://wtop.com/?nid=105&sid=1479035 bahkan menurut kenyataan Taliban, “ “Whenever we carry out an attack we claim responsibility, we didn’t gouge out this man’s eyes.”
Jika penjenayah yang bertanggungjawab pun masih belum dapat dipastikan, maka wajarkah Utusan Malaysia memuatkan tajuk seperti itu di muka hadapan? Atau Utusan Malaysia benar-benar mempunyai agenda laiin yang tersembunyi? - ahmadfadhli
Utusan : Taliban cungkil mata petani dituduh perisik kerajaan
1 comment:
saudara,
suatu blog yg menarik.
memang tidak patut UM menyiarkan berita tanpa fakta yg kukuh.
bagaimanapun, cuba saudara merenung seketika.
- Jikalau berita ini sebaliknya adalah mengenai "kekejaman" tentera barat di Afgan, walaupun belum dipastikan.
Adakah saudara juga mengutuk UM melaporkan berita tersebut tanpa siasat-selidik?
- Adakah saudara juga akan memberikan "benefit of doubts" yg sama kepada pihak tentera barat, sepertimana yg saudara berikan kpd pihak Taliban?
- Atau saudara akan mempercayai sepenuhnya berita tersebut dan seterusnya mengutuk pihak tentera barat melakukan kekejaman terhadap rakyat Afgan yg tak berdosa?
Cubalah renungkan yg di atas?
Adakah saudara berupaya neutral dan objectif terhadap berita2 yg belum dibuktikan?
salam
Post a Comment