07 October 2008

Ku Li cadangkan kerajaan perpaduan - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Hrkh) - Sambil mempertegaskan lagi komitmennya untuk menawarkan diri sebagai Presiden Umno berikutan prestasi terburuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) meneroka kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan.

Kerajaan perpaduan atau 'unity government' itu dicadangkannya untuk membolehkan negara keluar dari ketidaktentuan politik dan ekonomi yang dihadapinya kini, lapor The Star hari ini.

Bekas Menteri Kewangan itu memberitahu, beliau telah mengemukakan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PR baru-baru ini.

Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP DAP Lim Kit Siang.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu".

"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan,""katanya yang menolak dakwaan kononnya beliau mahu menyertai PR.

Menurut Tengku Razaleigh, usaha ke arah kerajaan perpaduan itu boleh mencontohi formula yang pernah dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1974 apabila membentuk BN, menggantikan Perikatan yang juga mengalami prestasi buruk dalam pilihan raya umum 1969.

Dalam pertemuan tersebut, bekas Naib Presiden Umno itu dipetik The Star berkata, beliau telah menyentuh kemungkinan merangka satu asas minimum bagi membentuk barisan kebangsaan yang baru - sebuah kerajaan hasil kejujuran dan keikhlasan demi perpaduan negara.

Kata beliau, langkah membawa parti-parti utama berganding bahu dengan BN akan membolehkan negara berhadapan dengan ujian dan cabaran ekoran perkembangan baru lanskap politik selain situasi ekonomi global.

Tengku Razaleigh, yang telah menggariskan rancangan untuk mengatasi kemelut yang kini dihadapi negara berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan para pemimpin Umno dan rakyat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Beliau juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara "khususnya dalam suasana sekarang (di mana) kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi",

The Malaysian Insider: Ku Li says a unity government may be the way forward

1 comment:

Anonymous said...

Cadangan Ku Li ada baik dan ada buruknya. Walau bagaimanapun untuk melangkah jauh adalah bermula dengan langkah pertama. Iaitu Ku Li mesti mempunyai pasukan yang kuat dan profesional. Ku Li tidak boleh mengharap pada para pemimpin sedia ada kerana mereka ini sudah ada rekod jenayahnya sendiri.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese