10 October 2008

KT Tidak cukup tarikan lagi ? Projek Bahaya Bernilai RM25 juta - Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita12/mbktbahaya.jpg
Kuala Terengganu – Projek yang mengundang bahaya sebagaimana dilaporkan Buletinonline 21 September lalu menjadi tandatanya apabila Datuk Bandar Kuala Terengganu menyatakan projek tersebut akan menarik lebih ramai pelancong dan warga tempatan.

Bukankah telah ada dua projek mega raksaksa yang bernilai lebih setengah billion dalam Bandaraya Wawasan Pesisir Air Kuala Terengganu?

Apa kurangnya Pulau Duyong ? Yang dimajukan dengan wang ratusan juta ?

Apakah Taman Tamadun Islam yang menelan belanja RM 300 juta dengan pelbagai replika binaan antarabangsa masih tidak menarik pelancong ?

Datuk Bandar (MBKT), Dato’ Mat Razali Kasim berkata pemilihan kawasan itu kerana diyakini dapat menarik lebih ramai pelancong dan warga tempatan menghayati panaroma keindahan di setiap sudut di negeri ini.

“Projek itu kini sedang dalam proses pelaksanaan fasa pertama yang melibatkan jalan masuk, penyediaan bekalan elektrik dan menara tinjau.

“Kita (kerajaan) jangka siap pada Mac tahun 2009 dengan peruntukan permulaan RM25 juta dan akan siap sepenuhnya tiga tahun akan datang,” ujarnya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri MBKT di Dewan Tunku Abdul Rahman, dekat sini, 8 Oktober lalu

http://buletinonline.net/images/berita12/panorama1.jpg.
- Buletin Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese