16 October 2008

Krisis ekonomi, Najib cuba lepaskan diri? - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub melahirkan persoalan apakah kenyataan Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Malaysia tidak akan menghadapi kemelesetan ekonomi atau terjejas oleh krisis ekonomi global hanya sekadar untuk melepaskan diri daripada cabaran Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim agar Bajet 2009 dibentangkan semula atau kerajaan benar-benar yakin dapat membebaskan negara ini daripada bencana ekonomi global ini?

Jelas Salahuddin, jika Najib mempunyai maksud politik yang terselindung, maka rakyat negara ini kini sedang diancam oleh masa depan ekonomi yang tidak menentu.

Salahuddin memberi contoh, di Amerika Syarikat dan Eropah serta negara-negara maju yang menjadi kuasa ekonomi dan politik dunia sudah tidak berupaya menangani krisis ekonomi ini di mana Amerika Syarikat sendiri telah terjejas dengan teruk.

Salahuddin dalam kenyataannya berkata, keadaan ini sudah tentu memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia kerana negara itu adalah rakan dagangan utama Malaysia.

Tambahnya, amat mustahil untuk mengatakan bahawa kita boleh mengelak daripada kesan-kesan kemelesetan itu, sedangkan kuasa ekonomi yang lebih kukuh di Eropah pun turut terjejas.

"Atas asas apakah sebenarnya Menteri Kewangan memberikan pandangan yang sedemikian rapuh. Ketika krisis kewangan global berlaku pada 1997, Amerika Syarikat hampir tidak terjejas kerana kekuatan ekonomi mereka.

"Tetapi bagaimana nasib rakyat di Amerika Latin ketika itu? Di rantau ini, rakyat Indonesia, Thailand dan Filipina menderita dengan teruk. Bahkan, Malaysia juga telah terjejas dengan teruk sehingga banyak projek terbengkalai, syarikat-syarikat gergasi gulung tikar dan ahli-ahli korporat menjadi muflis. Adakah kerajaan melupai saat-saat genting ini. Ia lebih teruk daripada krisis ekonomi yang berlaku pada 1984,"katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Salahuddin juga mempersoalkan adakah kerajaan mengharapkan krisis ekonomi itu berulang dan Najib akan mengatakan ia sebagai kesan kelemahan kepemimpinan Abdullah Badawi?

"Selicik inikah permainan politik Menteri Kewangan?Kerajaan harus sedar bahawa kejatuhan harga minyak dunia telah memberi kesan yang besar terhadap pendapatan negara kita, walaupun rakyat menikmati penurunan harga minyak.

"Begitu juga kejatuhan harga getah dunia yang memberi kesan langsung kepada rakyat luar bandar yang terlibat dalam industri getah. Minyak dan getah adalah antara komoditi terpenting Malaysia dan ia melibatkan hampir setiap aktiviti kehidupan rakyat. Bagaimana pula kesan berantainya?," soalnya.

Salahuddin menjelaskan krisis tersebut juga akan menjejaskan nilai Dolar Amerika Syarikat dengan teruk dan sudah tentu ia turut melibatka nilai mata wang Malaysia.

Soal Salahuddin lagi, apakah sebenarnya rancangan kerajaan untuk berhadapan dengan krisis tersebut serta jaminan yang boleh diberikan kepada rakyat bahawa kita dapat melepaskan diri dari kemelut global ini.

3 comments:

Anonymous said...

APA YG KERAJAAN SEMUA TAK BETUL, TURUNKAN HARGA MINYAK PUN NAK BISING, PM NAK BERHENTIPUN BISING, ISU BABI,MAKANAN ANJING, SEKS SEDEKAH, TIADA NEGARA ISLAM DI MALAYSIA TIADA SIAPAPUN NAK BISING. MANA PAS PARTI ULAMA? NAK TANYA SEMUA TU HALAL KE ASAL MEMBER SEKUTU UTAMA YG BUAT SEMUA GO ON....

Anonymous said...

.......

najib akan tetap najib.......
PAS akan tetap PAS.......
salahuddin akan tetap salahuddin.......
anonymous ni akan tetap karat UMNO.......

jadi apakata tak payah tumpu pada najib dan apa2 perkara yang agak bodoh ni.......

lebihkan tumpuan kepada usaha mentadbir dengan baik serta memperbaiki diri.......

Anonymous said...

Dear Anonymous and ryu-watanabe

Please use your mind when speaking. America is now in recession. Therefore, beware Malaysian will also experience the effect of global economic crisis. Anonymous tanye soalan bodoh spt nak tanya ulama PAS halal blahaa.. Tak yah nak tukar topic. Tanye ulama pun bukannye ulama yg jadi Menteri Kewangan. Pikirla pakai otak beb. Awak pun boleh ke settle masalah ni kalau setakat jadi org biasa yg takde kuasa.

Tak payah la nak bergadug2. Bacala artikel betul2. Najib selaku Menteri Kewangan sepatutnye dah ada plan macamana nak menangani masalah ini. Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd pun dah announce special package nak bantu rakyat Australia dlm menangani masalah ini. Dah tanggungjawab Najib. Bukannye kita nak salahkan Najib. Dia yg sanggup nak jadi Menteri kewangan.

ry-watanabe. Macamana nak tumpukan kpd usaha mentadbir dgn baik jika ia bukannya di dalam bidang kuasa awak. Saya nak tanya apa yg awak boleh buat nak mentadbir dgn baik. Unless awak ni menteri. yg awak boleh tadbir hanya keluarga atau staff (jika awak bosla) sbb semua ni di dlm bidang kuasa awak. PIKIRLA SKIT

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese