Manakala kebanyakan IPTA yang condong kepada Pro-Mahasiswa masih lagi tiada keputusan akhir dan bersifat 'rahsia', tambahnya.
AMK memandang serius perkembangan ini yang dilihat sebagai satu usaha terancang untuk memandulkan demokrasi kampus di IPTA, katanya.
"Dalam keadaan kedudukan IPTA-IPTA di Malaysia terus corot di kedudukan IPT seluruh dunia, hal ini adalah sangat menyedihkan.
"Ini pastinya menyumbang ke arah pembekuan minda mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang sekian lama dipasung oleh doktrinasi Umno-BN agar tidak 'melawan arus'," ujarnya.
Sewajarnya KPT memainkan tanggungjawab yang besar untuk memperbetulkan halatuju IPTA termasuklah usaha yang komprehensif untuk menyuburkan demokrasi kampus di dalam IPTA, ujarnya.
Generasi muda termasuklah kalangan mahasiswa menyumbang sebanyak 60 peratus peralihan undi di dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lepas, katanya.
Ia membuktikan mahasiswa telah muak dengan doktrinasi ciptaan Umno/BN yang mengongkong kebebasan akademik dan juga kebebasan berfikir, kata Shamsul Iskandar.
"Tetapi sayang kerana trend pengundi muda ini tidak langsung menginsafkan Umno-BN untuk memandu sebarang usaha pembaharuan," katanya.
Sebaliknya mereka secara terus-menerus menggarap pelbagai usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa sekaligus memandulkan demokrasi kampus. ujar beliau.
Di sebalik peruntukan mencecah RM8 billion untuk IPTA seluruh Malaysia melalui Belanjawan 2009, apakah mungkin kualiti IPTA-IPTA negara boleh ditingkatkan sekiranya golongan ini masih lagi dipasung pemikiran mereka, soalnya.
AMK menggesa agar KPT segera mengisytiharkan tarikh PRK agar mahasiswa dapat memilih kemudi baru kepimpinan mahasiswa di IPTA-IPTA, katanya.
"AMK menyatakan sokongan penuh ke atas SMM untuk terus memobilisasi mahasiswa seluruh Malaysia untuk mendesak KPT mengisytiharkan tarikh PRK dan juga mendapatkam jaminan agar PRK kali ini bebas daripada sebarang elemen salahguna kuasa eksekutif demi menjamin populariti pihak-pihak tertentu," ujarnya. _
No comments:
Post a Comment