Kit Siang 'Beraya' Di Rumah Tok Guru, Guan Eng Harap Islam Jadi Teras Rapatkan Silaturrahim
Marang - Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rhusila dekat sini semalam.
Kedua-dua pimpinan parti Pakatan Rakyat itu telah berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan juadah dan kuih raya.
Antara pokok perbincangan mereka adalah berkisar sekitar isu-isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.
Buletinonline difahamkan Kit Siang akan disertai oleh beberapa pimpinan DAP lain dalam rangka percutian sempena Aidil Fitri.
Dalam perkembangan lain, Setiausaha DAP Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.
"Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social,
"ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,
"sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Guan Eng dalam perutusan Eidulfitrinya yang dipetik Harakahdaily.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.
Katanya al-Quran menyebut mengenai Amar Ma’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan dan yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua.
Menurutnya bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan
Beliau turut mengajak rakyat
Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.
"Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.
Rakyat
1 comment:
Ada dua perkara yang sangat menonjjol dari posting ini.
1. Daripada gambar yang diatas adalah jelas nampak seolah olah Cikgu Pa Yang mengambil peranan utama dalam perbincangan. Ust Hadi hanya selesa duduk mendengar sahaja. Ini persepsi yang dapat diambil dari gambar tersebut - tetapi saya fikir ia tidak jauh dari realiti. Memanglah Cikgu Pa merupakan pengaruh utama kepada Ust Hadi dan inilah sebab utama fraksi UMNO didalam PAS ini bermaharajalela dalam Parti sehingga dapat menentukan apa yanh akhbar Harakah boleh atau tidak bolih siarkan.
2. Lim Guan Eng nampaknya memahami Islam lebih dari orang Islam sendiri seperti Cikgu Pa yang lebih mengutamakan isu perkauman melayu dan kuasa politik daripada apa yang sepatutnya di perjuangksn olih PAS mengikut perlembagaan PAS itu sendiri.
Kesimpulan yang saya dapat ambil dari perkembangan ini ialah seperti berikut:
1. Saya percaya puak2 PAS yang diketuai Cikgu Pa akan menjadi punca utama kegagalan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa Kerajaan Pusat dari BN dan
2. Puak2 Cikgu Pa ini juga akan jadi penyelamat utama kepada regim Abdullah Badawi dalam UMNO.
3. Kejayaan yang PAS alami dalam pilihanraya yang baru lepas tidak akan dapat diulangi lagi; bahkan kepercayaan kepada PAS akan merosot secara drastik bukan sahaja dikalangan kaum bukan melayu bahkan diantara kaum melayu itu sendiri (kecuali PAS2 totok yang tak tahu apa benda pun)
4. Anwar Ibrahim akan terpaksa berkerja keras untuk bergabung dengan puak2 lain dan kemungkinan besar ini akan merugikan lagi PAS sebagai Parti Politik yang ingin menjadi Pemain Utama dalam politik Malaysia.
Rayuan saya, kenapa lah PAS ini bodoh sangat?
SAya harap ada ahli PAS lain yang sanggup menyangkal pendapat saya ini!
Post a Comment