Kuala Terengganu – Mahkamah Sesyen disini 20 Oktober lalu menetapkan 30 November akan datang sebagai tarikh untuk sebutan semula kes terhadap 23 orang yang dituduh menghadiri perhimpunan haram dalam insiden Batu Burok, 8 September tahun lalu.
Hakim Azhar Omar menetapkan tarikh baru tersebut selepas menerima permohonan Timbalan Pendakwaraya Badius Zaman Ahmad untuk menangguhkan keputusan rayuan yang dibuat oleh pihak defendan dimahkamah Tinggi.
Azhar juga telah mengeluarkan waran tangkap keatas dua orang tertuduh Mohd Rizman Mohamad dan Tajul Zahili Mohamaed kerana tidak menghadirkan diri ke mahkamah.
Kesemua 23 tertuduh diwakili oleh peguam Kamaruzzaman A. Wahab
Lihat Berita Lalu dan Galeri Azman, Suwandi
No comments:
Post a Comment