20 October 2008

Kerajaan Selangor restu ahli PBT penjenayah - Malaysiakini

YB Umno dakwa kerajaan Selangor restu ahli PBT penjenayah

SHAH ALAM, 20 Okt (Hrkh) - Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak (BN) bersedia menunjukkan bukti kepada pihak kerajaan Negeri Selangor pada bila-bila masa tentang penglibatan ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat dengan kes jenayah.

Image

Menurut beliau, ahli PBT tersebut bukan saja terlibat dengan kes jenayah pada tahun 2003 dan 2007 tetapi turut melakukan jenayah samun.

Beliau mendedahkan ahli PBT tersebut di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas Akta Dadah, Pusat Pemulihan Batu Gajah, Perak.

"Walaupun perkara itu dinafikan oleh pihak berkenaan tetapi kami ada bukti daripada pihak Keselamatan," katanya ketika ditemui di lobi dewan Annex, selepas pembentangan bajet 2009 di sidang Dun, pagi tadi.

Dalam sesi soal jawab pagi tadi, beliau mengajukan soalan tambahan kepada Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu. Image

Bagaimanapun, penafian Ronnie Liu terhadap pendedahan tersebut menyebabkan Sulaiman bertegas akan terus mengajukan soalan tersebut sehingga pihak Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap ahli PBT terlibat.

Menurut beliau, jika pengesahan daripada pihak Keselamatan ada sudah tentu perkara itu memang berlaku.

Selain itu beliau turut mendakwa terdapat maklumat bahawa ada usaha daripada kalangan pimpinan Pakatan Rakyat supaya Yang Dipertua Majlis (YDP) dan Dato' Bandar undi tidak percaya.

Katanya, walaupun tidak diputuskan dalam mesyuarat PBT tetapi ia telah dibincangkan luar mesyuarat.-SH

1 comment:

Anonymous said...

aiya apa susah, kalau betul la ada bukti, panggil sidang media, setel....lepas tu tengok la TS Khalid jawab apa...

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese