22 October 2008

Kerajaan BN angkuh tidak hirau permintaan - Malaysiakini

Kerajaan BN angkuh kerana tidak menghiraukan permintaan Pakatan Rakyat (PR) agar peralihan kuasa dilakukan segera bagi mengembalikan keyakinan masyarakat kepada pemerintahan negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat perlalihan kuasa ini sebagai isu nasional sebaliknya perkara ini dilihat sebagai tekanan rakyat kepada Umno.

“Walaupun Umno telah menetapkan peralihan kuasa akan dilakukan pada Mac depan, tetapi perkara itu tetap menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan rakyat.

“Sepatutnya peralihan kerajaan yang harus dilakukan, bukanlah penukaran Perdana Menteri yang mana calon yang bakal mendudukinya dianggap tidak layak menduduki kerusi itu,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Apa yang penting sekarang Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan peralihan kuasa, kata Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

“Jika peralihan kuasa yang bakal dilakukan pada Mac depan berlaku, ianya hanya dalam BN dan amat tidak wajar kerana bakal penggantinya juga mempunyai rekod tersendiri,” jelasnya.- mppas

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese