Kami dari Wanita Keadilan membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak polis memanggil empat aktivis Hindraf untuk disoal siasat hanya kerana kehadiran mereka di Rumah Terbuka anjuran Perdana Menteri dan Menteri Kabinet di PWTC dan kami juga mahu pengistiharan pengharaman terhadap Hindraf di kaji semula tindakan tersebut tidak adil bagi pihak mereka di dalam memperjuangkan keadilan. Malahan tindakan pengharaman Hindraf juga akan di lihat satu tindakan yang tidak wajar dan mencerminkan tindakan negara ini seolah menghalang demokrasi.
Kehadiran mereka di PWTC 1 Oktober lalu juga seperti rakyat Malaysia yang lain, malahan Perdana Menteri Abdullah Badawi juga merupakan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia dan kita perlu ingat walaupun berbeza dari segi agama bangsa dan juga latar belakang politik seharusnya Abdullah Badawi bersikap professional dan tidak melihat isu ini seperti isu tergempar.
Kehadiran mereka pada majlis rumah terbuka tidak menghina islam atau orang melayu pada hari tersebut. Kehadiran mereka hanya ingin menyampaikan mesej supaya ISA dimanushkan dan membebaskan semua tahanan tersebut. Mungkin mereka berpendapat bahawa pada hari tersebut merupakan peluang bertemu dengan Perdana Menteri yang sebelum mungkin tiada kelapangan masa.
Kami dari wanita keadilan juga kesal apabila nama Majlis Rumah Terbuka sebenarnya retorik hanya pada pangilan nama. Dimanakah demokrasi sebenar ?
Kenapa isu ini perlu di besar besarkan sehingga dibawa kepada siasatan pihak polis sedangkan niat mereka hanya bertemu Perdana Menteri ? Dimanakah keadilan ? Adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mampu membezakan antara rakyat dan politik ?
Lihat sahaja Rumah Terbuka anjuran Parti Keadilan mereka juga hadir untuk bertemu Datuk Seri Anwar dan menyerahkan anak patung bagi tujuan mendapatkan pembelaan terhadap anak anak tahanan ISA namun kehadiran mereka tidak memberi masalah kepada kami malahan kehadiran mereka menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan prinsip perpaduan dan perayaan di raikan bersama. Ini mesej yang harus di tonjol kepada dunia dan bukannya perbalahan sesama kita sebagai rakyat Malaysia.
Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang, Merangkap Ketua Wanita Keadilan.
No comments:
Post a Comment