Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan selamat datang kepada rombongan daripada Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Soalan tambahan saya, saya ingin minta penjelasan daripada pihak kementerian, hasil daripada kebanjiran pelancong daripada Timur Tengah hari ini kita lihat, apakah usaha yang dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan supaya kedatangan mereka memberi manfaat kepada negara kita bukan sahaja dari sudut hasil pelancongan tetapi dari sudut pelaburan dan sebagainya dan sejauh mana kajian dibuat oleh pihak kementerian terhadap kesan social terhadap rakyat terutama yang melibatkan pelancong-pelancong luar yang membawa budaya negatif ke dalam negara kita. Terima kasih.
Datuk Seri Azalina binti Othman Said: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dari segi kajian budaya-budaya negatif, kementerian tidak terlibat dalam menjalankan kajian ini. Akan tetapi apa yang kementerian dapat memberikan kenyataan di sini adalah dari segi masyarakat dari Timur Tengah dilihat sebagai jumlah pelancong yang begitu tinggi.
Kalau dulunya mereka sering ke Kuala Lumpur, sekarang ini mereka sudah begitu bijak dalam negara kita dan mereka sudah bersedia untuk pergi kepada tempat-tempat aktiviti pelancongan yang menarik.
Contohnya seperti di tepi pantai; kalau kita lihat walaupun dengan pakaian yang mereka ada, mereka memakai pakaian mereka untuk beriadah di tempat-tempat pelancongan air. Mungkin ekspektasi pemaju hotel ialah mungkin kalau dia hendak berenang itu dia kena pakai baju berenang. Namun, apa yang berlaku sekarang ini selalunya tuan punya premis penginapan tidak menegur pakaian, dia menggalak. -Mppas »
No comments:
Post a Comment