KETIKA Umno sedang berhadapan dengan masalah apakah Abdullah Ahmad Badawi akan mengekalkan jawatannya atau sebaliknya, Pakatan Rakyat dikatakan sudah siap sedia dalam mengaturkan persiapan terakhirnya untuk mengambil alih kerajaan yang ada hari ini.
Persiapan terakhir itu termasuk pembahagian kerusi-kerusi Kabinet di kalangan ahli-ahli parti bergabung dalam Pakatan Rakyat sudah selesai.
Kesemua parti utama Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP dikatakan berpuas hati dengan pembentukan Kabinet dan pembahagian kerusi menteri.
Salah sebuah parti Pakatan Rakyat dalam mesyuarat politiknya kelamrin telah membincang panjang lebar berhubung pembentukan Kabinet berkenaan secara serius.
"Ahli mesyuarat telah diberi tahu menenai perkara itu dan mereka nampaknya berpuas hati dengan pembentukan Kabinet berkenaan," demikian jelas salah seorang ahli mesyuarat berkenaan.
Katanya parti itu juga merasa senang dengan pembentukan Kabinet itu yang berdasarkan kepada persetujuan bahawa Kerajaan yang dibentuk nanti bermajoritikan Islam dan Melayu.
Baru-baru ini sebuah parti komponen Pakatan Rakyat mendesak supaya kerajaan yang akan dibentuk itu mestilah majoritinya Melayu dan Islam jika tidak kerajaan baru itu tidak membawa apa-apa erti kepada perjuangannya selama ini.
Mereka dikatakan tidak ada masalah kalau Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, tetapi hakikat kerajaan itu biarlah didominasikan Melayu dan Islam.
Dalam perkembangan lain pengambilan Kerajaan dikatakan berjalan seperti mana dirancangkan tanpa tertunda dengan apa-apa halangan lagi. Bagaimana pun sumber parti berkenaan enggan menyebut sejauh manakah proses itu bakal berlaku kelak kerana ianya dimonitorkan oleh pohak PKR dan Anwar manakala pihaknya hanya menurut saja! - Merah Tinta
No comments:
Post a Comment