16 October 2008

Johor mencatat sejarah, perkampungan melayu dirobohkan - Malaysiakini

Kampung Plentong Tengah Menyembah, Rumah pertama yang dirobohkan di Plentong Tengah, Johor

.
Plentong Tengah - tangisan anak kecil

.
Kampung Plentong Mula Rebah Di Johor

Hari ini, Johor mencatatkan sejarah apabila sebuah perkampungan Melayu telah mula dirobohkan. Saya hadir bersama Ketua Penerangan DPPNJ, sdr Hamid Jamah dan sdr Zaaba Ibrahim (Exco DPPNJ) untuk bersama dengan rakyat melihat sendiri kedurjanaan UMNO terhadap rakyat d Johor.
.
Setibanya kami di sana, sdr Syed Osman Syed Abdullah @ Arab (exco DPPNJ) telahpun ditangkap dan ditahan di Balai Polis Johor Jaya. Di lokasi, saya bertemu dengan sdr Hasan Karim (Presiden PRM & Peguam penduduk Plentong) Mazlan Aliman (Ketua Penerangan PAS Johor) sdr Zabidi (Timbalan Ketua AMK Johor) Haji Kamaldin (YDP Kota Tinggi) sdr Rahim (YDP Pasir Gudang), sdr Syamsul (Exco DPPNJ) dan beberapa pimpinan PAS, PKR & NGO yang lain.
.
Apabila berada di lokasi, saya teringat kembali peristiwa Kampung Berembang yang rebah satu masa dahulu. Perasaan belas kasihan pihak berkuasa sudah tidak ada lagi dalam pertimbangan tetapi keputusan mesti dilaksanakan iaitu rumah-rumah mesti dirobohkan.
.
Walaupun perintah mahkamah sebenarnya telah menangguhkan perobohan rumah-rumah tersebut sehingga 29 Oktober yang akan datang tetapi jentera kerajaan yang terdiri daripada Polis dan FRU, TNB, SAJ dan agensi-agensi yang lain juga dikerah untuk terlibat dalam merobohkan beberap rumah yang telah ditinggalkan kosong.
.
Seramai 28 orang telah ditangkap termasuklah sdr Arab yang cukup terkehadapan dalam isu ini. Kami tidak dibenarkan untuk bertemu dengan mereka yang ditahan kerana proses siasatan sedang dijalankan.
.
Teringat saya peristiwa Kampung Berembang. Kemuncak daripada kezaliman ini telah menjatuhkan BN di Selangor/WP. Kampung Plentong Tengah akan menjadi bukti betapa zalimnya pemerintah UMNO/BN dan UMNO/BN juga akan ditumbangkan di Johor kerana kezaliman yang mereka lakukan.
.
PAS Johor akan terus memantau perkara ini. Sebentar tadi, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Tebrau, Encik Rajendran telah menghantar SMS kepada saya memberitahu bahawa beliau telah dapat berjumpa dengan semua yang di tahan dan keadaan mereka baik. Sumber: Khairul Faizi Ahmad Kamil

2 comments:

Anonymous said...

KAMPUNG BAHARU PLENTONG TENGAH,JOHOR------BUKTI KERAJAAN BN DITUNJANGI UMNO DENGAN DASAR PROKAPITALISNYA,BUKAN KERAJAAN UNTUK RAKYAT TAPI KERAJAAN UNTUK PELABUR!!!!.ATAS NAMA PEMBANGUNAN RAKYAT DIUSIR DAN DI TINDAS SEPERTI ANJING.-----TUMBANGKAN KERAJAAN UMNO DAN BN!!!!

Anonymous said...

Tumbangkan kerajaan umno dan bn!!Dan sokong kerajaan PR!!Kita ni anak dan bangsa Malaysia,bukanya anjing kerajaan BN!!Lihatlah sendiri tindas tanduk yang telah dilakukan oleh kerajaan BN!!Ni kampung melayu,jadi orang melayu lihat sendiri adakah kerajaan umno dan bn kesian sama ni orang tak ada tempat tinggal apabila perkara yang dilakukan terlibat dengan DUIT!!!!Masih mau sokong UMNO dan BN ke?Fikirlah sendiri demi masa depan sendiri dan anak anak kita!!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese