“Mempengaruhi ahli dengan cara paksa menggantikan Perdana Menteri Malaysia selepasnya itu adalah melanggar Perlembagaan dan tidak pernah dibuat sebelum ini oleh mana-mana Perdana Menteri yang hendak bersara atau hendak berhenti,” katanya pada ceramah umum Dun Titi Serong dekat sini malam tadi.
Menurut beliau, jawatan Perdana Menteri adalah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan dipersetujui Ahli Parlimen dan persetujuan rakyat.
“Bukannya boleh memandai-mandai membuat perlantikan sendiri seperti yang dilakukan Dato’ Seri Abdullah Ahmad baru-baru ini yang menyebut Dato’ Seri Najib jadi Perdana Menteri Malaysia selepasnya nanti,” katanya.
Dengan itu tegasnya, sudah nyata untuk jawatan Perdana Menteri harus dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong dan semua rakyat bukan Abdullah seorang. - mppas
1 comment:
That's why someone said:-
In US of A, the citizens choose the No. 1 man.
In Malaysia, one man choose the No 1 man. Even if the one man did not choose the No. 1 man, it is also strange that only members of a certain political party get to choose the No. 1 man.
Post a Comment