15 October 2008

ISA terhadap RPK untuk lindungi kebobrokan Najib - Malaysiakini

SUNGAI BULOH, 15 Sept (Hrkh) - Penggunaan ISA terhadap pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin dianggap sebagai langkah menyekat 'kemaraan' blogger tersebut mendedahkan lebih banyak lagi kebobrokan pimpinan negara, khususnya berkaitan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah, berkata penahanan suaminya itu semata-mata menyekat Raja Petra berterusan menulis mengenai kepincangan Najib, khususnya menjelang peralihan kuasa tahun depan.

"Malah, dakwaan yang dikenakan terhadap beliau, sama seperti yang didakwa bawah Akta Hasutan sebelum ini. Kes itu masih dalam perbicaraan, tetapi sudah dikenakan ISA. Sebenarnya, penahanan itu bertujuan menyekat Raja Petra menulis," kata beliau ketika ditemui di kediamannya, di Sungai Buloh, hari ini.

Rasa terasing sambut Syawal

Kali pertama menyambut Syawal tanpa Raja Petra di sisi, Marina merasai sedikit keterasingan, khususnya untuk mengunjungi rumah terbuka rakan-rakannya kerana kebiasaannya akan ditemani Raja Petra.

Cerita Marina lagi, beliau akan berasa sedih apabila bertemu rakan-rakan dan menikmati hidangan istimewa, sedangkan terkenang hidangan yang dinikmati suaminya di Kemta.

"Baru-baru ini, akhbar arus perdana menyiarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar yang menyatakan Raja Petra diberi makanan istimewa. Makanan istimewa apa? Roti dengan kaya dan margerin, telur dan biskut. Itu yang dia kata istimewa? " soal Marina.

Hilang berat lapan kilogram

Tambah beliau, sebelum ini Raja Petra mengambil nasi yang disediakan pihak kem. Namun, kali pertama mengambil nasi, Raja Petra mengalami sakit perut dan kemudiannya muntah-muntah apabila mengambil nasi keesokkannya.

Selepas itu, kata Marina, suaminya menolak untuk mengambil nasi lagi dan digantikan dengan 'makanan istimewa' yang menyebabkan Raja Petra kehilangan berat badan sebanyak lapan kilogram sepanjang di Kamunting.

Sumbangan pembaca Harakah

Dalam pada itu, kunjungan Harakah ke kediamannya bertujuan menyampaikan amanah daripada para penyumbang yang terdiri dari pembaca Harakah, khususnya kepada keluarga mangsa ISA.

Dalam pertemuan tersebut, wakil Harakah menyampaikan sumbangan RM 1000 kepada Marina sebagai meringankan bebanan perasaan dan sokongan moral kepada mereka sekeluarga.

Dalam pada itu, Marina menyeru para penyokong Raja Petra dan mereka yang menentang akta zalim ini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, 22 Oktober ini untuk mendengar keputusan 'harbeas corpus' Raja Petra.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese