"Saya bimbang ia umpama membuang barang ke dalam telaga buruk sahaja...tanpa apa - apa kesan dan bakal hilang begitu saja,"kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Sebaliknya, Husam mencadangkan kerajaan :
-Lonjakkan ekonomi domestik untuk naikkan harga komoditi.
-Turunkan kos hidup rakyat dengan turunkan tarif elektrik dan harga gas memasak.
Ini kerana , langkah itu tidak bijak kerana pasaran saham sedang menjunam turun dan bantuan yang diberikan bakal tenggelam begitu sahaja.Inilah jeritan pelbagai pihak apabila Menteri Kewangan yang juga bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pinjaman RM5 bilion wang KWSP untuk Valuecap Sdn Bhd.
Wang itu akan digunakan oleh Veleucap untuk menaikkan semula nilai syarikat-syarikat bluechip di pasaran saham agar berada pada paras nilainya semula setelah dikatakan berapa di bawah paras nilai sebenar.Ramai yang bimbang kalau-kalau ia ada kepentingan tertentu dan rakyat yang menjadi pihak yang menanggung kerugian.
No comments:
Post a Comment