Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, oleh kerana krisis makanan sekiranya berlaku lebih parah daripada krisis kewangan,
Ke arah perancangan, itu saya lihat masih ada lagi masalah-masalah dalaman kita sendiri. Sebagai contoh masalah tanah terbiar yang masih luas. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menangani masalah tanah terbiar?
Masalah birokrasi di negeri-negeri, masalah tanah, ada petani-petani yang mahu berusaha tapi tidak ada tanah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah seperti ini? Sekian.
Dato’ Mustapa bin Mohamed: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kita bersyukur kerana semasa negara berhadapan dengan krisis ekonomi tahun 1997/1998, kita tidak ada masalah bekalan makanan. Ini memang merupakan strategi kita memastikan bahawa walau apa pun krisis yang kita hadapi sama ada politik, ekonomi, ataupun kewangan kita hendak pastikan bahawa bekalan makanan mencukupi.
Oleh hal yang demikian, kerajaan ini Kerajaan Barisan Nasional sedang memberikan perhatian yang cukup istimewa kepada sektor pertanian. Pertanian diberikan nafas yang baru dan pertanian diberikan peruntukan yang cukup besar.
Akan tetapi yang penting ialah untuk memastikan langkah-langkah ini berkesan. Tak cukup dengan kita menyediakan peruntukan yang besar tetapi ia tidak ada kesan. Oleh yang demikian, kita akan pantau dengan teliti keberkesanan perbelanjaan yang dibuat ini untuk memastikan bahawa kita dapat tambah pengeluaran makanan.
Sehubungan itu, pembangunan tanah terbiar adalah salah satu daripada strategi yang kita laksanakan untuk memastikan pengeluaran makanan negara bertambah. Kita ada banyak cabaran dalam hal ini. - mppas »
No comments:
Post a Comment