Abdullah Badawi kelihatan ‘gembira’ menyambut lebih 1000 penyokong Hindraf di majlis Rumah Terbuka beliau di PWTC.
KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER (SK) - Tindakan Hindraf, sebuah badan yang memperjuangkan hak orang hindu di negara ini, yang hadir di rumah terbuka Perdana Menteri serta menteri kabinet, hari raya pertama lalu adalah satu perkara yang tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang di negara ini, ujar Kordinator Nasional Hindraf S Jayatas.
Katanya, Abdullah Badawi selaku pengajur majlis berkenaan menjemput seluruh rakyat hadir ke majlis berkenaan, dan ujarnya, ahli dan aktivis Hindraf juga adalah rakyat Malaysia dan berasa Hindraf patut sertai majlis berkenaan.
“Kami tidak melampaui batas, ini adalah rumah terbuka, majlis Hari Raya lagipun, kami sebagai rakyat hanya datang ke rumah terbuka berkenaan seterusnya meminta agar Perdana Menteri menghapuskan ISA serta membebaskan tahanan,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan pagi ini.
1 Oktober lalu bersamaan dengan hari raya pertama, kira-kira 1000 penyokong Hindraf mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri Kabinet serta menyampaikan mesej agar kerajaan membebaskan lima pemimpin mereka serta menghapuskan terus akta kejam ISA.
Ulasnya lagi, Umno terutama pemimpinya hanya memainkan isu perkauman hal ini, sedangkan terdapat sekumpulan lagi penyokong blogger terkemuka, Raja Petra Kamarudin yang turut hadir untuk menyampaikan mesej yang sama, namun hanya Hindraf yang menerima kritikan.
“Ada sekumpulan lagi penyokong Raja Petra hadir yang terdiri kira-kira 40 orang kenapa pula kumpulan berkenaan tidak dikritik?” soalnya yang mendakwa hanya Hindraf menerima tanparan dari kejadian berkenaan.
Tambahnya lagi, “tidak timbul masalah kaum yang telah digembar-gemburkan oleh pemimpin Umno, hanya disini, kami menuntut agar ISA yang turut menghantui semua bangsa di negara ini dimansuhkan, tidak timbul masalah perkauman disini,”katanya lagi.
Mengulas mengenai komen Presiden MIC, S Samy Vellu, yang mendakwa tindakan menyerbu rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri boleh menggagalkan rundingan bagi membebaskan lima pemimpinnya yang ditahan di bawah ISA, Jayatas mengkritik calon BN yang kalah di Sungai Siput berkenaan.
“Samy tidak perlu bercakap mengenai Hindraf, beliau patut bercakap mengenai populariti beliau sebagai Presiden MIC yang semakin menurun,” katanya lagi.
1 comment:
maafkan saya jika silap..
jika kita ingin bertandang ke keramaian mengapa kita perlu berpakaian dgn pelik sekali.. bert-shirt bertulisan..seragam lelaki perempuan.. perlukah ini semua..
bayangkan jika kita pergi ke keramaian deepavali bert-shirt seragam bertulisan apakah tanggapan org hindu? mgkn kdg2 kita terlupa adab sensitiviti sstgh pihak.tidak bolehkah mereka berpakaian tradisional atau pon sekurang2nye berpakaian proper.. batik atau kemeja. jgn kerana sifat pelupa atau tidak tahu terhadap adab dan adat sesetengah pihak menyebabkn dpandang kurang ajar atau sedikit kebodohan. jika berpakaian seperti pelacur dlabel pelacur jika berpakaian seperti koperat dlabel koperat. jika berpakaian sebegini apakah yg patut dlabel. fikirkn lah...
Post a Comment