15 October 2008

Helikopter kontroversi, keputusan tergesa-gesa di keluarkan Menteri Kewangan - Malaysiakini

Anatara nota Ucapan Ketua Pembangkang pada 13 Oktober lalu yang diberikan kepada kami

o Keputusan menteri kewangan membeli 12 helipkopter baru kepada
o Bedasarkan surat oleh Ketua Bahagian PJ Selatan – Menulis kepada Menteri Kewangan membuat tuduhan yang cukup membimbangkan. Proses penilaian belum selesai, LOI(letter of intent) dikeluarkan. LOI ditandatangani 15 September. Apa yang luar biasa keputusan yang tergesa-gesa menteri kewangan.

o Anehnya, dipanggil oleh pasukan bernilai menenai tawaran tersebut. Tetapi pembuat tidak dihubungi sama sekali. Soalnya, apakah negara kita boleh terus menelan dan menerima kecurangan-kecurangan sedemikian yang cukut mengaipkan.
o Sebelum ini pembelian scorpion belum selesai. Kapal salam – kes pembunuhan wanita Mongolia. Ada kaitan dengan pembelian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kembali ke Parlimen selepas 10 tahun, mengambil masa hampir enam jam untuk membahaskan Bajet 2009, dan hari ini beliau menyelar tindakan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa memperlekehkan hujahnnya menggesa belanjawan tahun depan itu dibentangkan semula.

“Saya harap sebelum berakhirnya belanjawan ini, Menteri Kewangan akan peka denagn masalah ini.

“Tidak ada guna menggunakan media untuk memperlekeh hujah kita… seperti yang dilakukan beberapa Yang Berhormat dengan kerjasama RTM semalam. “Kita telah kemukakan (hujah) dan kita minta dibahas secara sopan dan beradab, tidak biadab,” kata beliau yang menyambung perbahasannya hari ini.

Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga 1998, tahun beliau dipecat daripada jawatan kerajaan dan parti.

Dalam kapasiti itu beliau pernah membentangkan ucapan-ucapan belanjawan yang biasannya memakan masa kira-kira dua jam.

Kali ini beliau mengambil masa hampir enam jam.

Kini, selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Anwar memulakan ucapan perbahasan pukul 11.30 pagi semalam dan disambung hingga tengah hari ini. Anwar hari ini sekali lagi menegaskan, Bajet 2009 perlu diberi pertimbangan segera disebabkan krisis yang melanda yang menuntut satu perubahan dan pindaan.

“Maknanya itu pendapatan negara dari minyak sahaja pada tahun 2009 akan terus berkurangan, tidak termasuk lagi kelapa sawit dan getah,” katanya.

Dalam reaksi segera hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan Anwar itu, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, bukan cadangan yang sesuai dipertimbangkan dalam menangani krisis kewangan semasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, yang penting ialah kerajaan memastikan perbelanjaan kerajaan dapat dijalankan tanpa gangguan, dan segala program untuk membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah seperti yang terkandung dalam Bajet 2009, dapat dilaksanakan mengikut jadual.

———- Nota Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2008 ———-

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese