Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batu Buruk mencadangkan adalah lebih baik sekiranya RM30 juta yang diminta oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) digunakan untuk membasmi kemiskinan rakyat Terengganu yang masih dalam kedudukan ‘antara negeri yang termiskin’ di Malaysia.
”Elok gunakan RM30 juta untuk basmi kemiskinan di Terengganu dan membantu rakyat Terengganu yang terbeban dengan kenaikan kos hidup,”kata Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawai yang dihubungi Buletinonline lewat semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengurus Besar PMINT Datuk Zakaria Awang yang akan memohon peruntukan kira-kira RM30 juta, dikatakan untuk mengindah dan memperlengkapkan TTI.
Zakaria berkata PMINT bertanggungjawab mengendalikan pembinaan taman tersebut, memerlukan RM6 juta daripada peruntukan itu bagi mewujudkan kiosk-kiosk untuk menjual barang-barang keluaran dari Timur Tengah.
Sementara itu, ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli mempersoalkan kenyataan Zakaria dengan pertanyaan, apa perluanya tambahan RM30 juta untuk TTI kerana menurut beliau TTI bukannya paksi pacuan ekonomi negeri.
"Nadi yang diperlukan adalah kilang, jalinan pengangkutan, jalan raya, jalan keretapi dan sebagainya, bukan perhiasan untuk meengindahkan TTI,"ujar Wan Hassan dengan nada kesal.
Beliau yang juga Bekas Exco Kerajaan Terengganu mengesyakki sesuatu yang tidak betul sama dalam pembinaan atau perancangan TTI kerana perbelanjaan pembinaan projek mega itu sentiasa meningkat.
Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kali Pertama Mei lalu, kerajaan melaporkan kos awal projek TTI adalah RM249 juta, namun setelah siap kosnya meningkat menjadi RM259 juta.
"Kini setelah dirasmikan lapan bulan, tiba-tiba diminta kos tambahan RM30 juta, jumlah yang bukan sedikit,
"ia mungkin untuk kroni,"kata beliau
Menegaskan kenyataan Wan Hassan, Syed Azman berkata, ekonomi dunia sedang merudum ketika ini akibat krisis ekonomi yang dialami oleh Amerika Syarikat dan Malaysia antara Negara yang menjadi rakan perdagangan utama Amerika pasti akan mengalami kesan krisis tersebut dalam masa terdekat.
Semalam, sebuah akhbar Negara jiran
Perdana Menterinya Lee Hsien Loong semalam menggesa warga Singapura agar bersedia menghadapi masa yang sukar menjelang tahun depan.
Lee berkata walaupun sistem kewangan Singapura masih baik dan ekonomi kekal berdaya saing, namun negara-negara Asia tidak dapat mengelak daripada terjejas dengan kelemahan ekonomi Amerika Syarikat yang menghadapi krisis teruk sekarang.
Bacaan Berkaitan :
Siapa Tanggung Kerugian Penyelenggaraan TTI RM 284,000?
Singapura Dilanda Kemelesetan, Bersedia Hadapi Masa Yang Sukar - PM
1 comment:
Ini lah apa di panggil orang bodoh, buat apa nak buka kiosk untuk jual barang2 timur tengah , bukankah ini malaysia, jual lah barang buatan malaysia bodoh,. buat apa nak beri wang kepada orang arab, kan dia orang itu semua kaya raya, kiosk itu bolih di beri kepada bumiputra utk buat bisuness dan tolong kraft tangan negeri trengganau. Inilah apa di pangill melayu UMNO BODOH, NAK BUANG GARAM DALAM LAUT, BANGGANG, BODOH, PAKAILAH OTAK SIKIT YANG TUHAN BAGI. ADOHAI MACAM INI PUN ADA.
Post a Comment