02 October 2008

Guan Eng harap Islam jadi teras rapatkan silaturrahim - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

"Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.

"Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

"Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.

Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

"Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Ma�ruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.

"Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua," kata beliau.

Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.

"Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.

"Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.

"Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan," kata Guan Eng.

Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

"Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

"Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.

"Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.

"Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Ma�ruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin," kata beliau mengakhiri perutusannya.

3 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

ADEK NIK... BACALAH SEJARAH TOKOH MUNAFIK AGUNG DALAM SEJARAH HANCURKAN ISLAM DI INDONESIA, KHASNYA DI ACHEH. KALAU TAK SILAP SAYA NAMANYA SENOK HADROJE... ORANG BELANDA YANG KATANYA MASUK ISLAM DAN NAIK HAJI KEMUDIAN HANCURKAN ISLAM DI SANA...
BUKAN PRASANGKA... TAPI HATI2. BACA ELOK2 AYAT DIPLOMASI GUAN ENG TU... BELIAU PUN ADA KATA NAK BUAT SERAMBI MEKAH DEKAT PERMATANG PAUH. SEKOLAH ARAB AKAN DINAIK TARAF DENGAN SYARAT SEKOLAH CINA DAN INDIA PUN SAMA JUGA DINAIKKAN, SETIAP PEMBELAAN KEPADA ISLAM... ADA TUKAR GANTINYA ATAU ADA NYUCHOR... IKHLAS KE TU GUAN ENG? HARAP GUAN ENG IKLHLAS KAT ISLAM... BILA DIA NAK MASUK ISLAM? FALSAFAH SAJE TAK GUNA DEK.

Anonymous said...

Apa lah kamu ni otai, kepala kamu ni dah tak betul la. Orang nak buat baik kan bagus. Jangan lah takut dengan bayang bayang sendiri. Percaya lah, bahawa ALLAH lebih berkuasa dan setiap niat yang jahat pasti menerima pembalasan.
Sepatut nya apa yang di sebut LGE tu menjadi kita lebih bersemangat menaikkan kedudukan agama kita. Jangan lah nak buat cerita Belanda kat Indon tu, tak hancur pun ISLAM? Macam mana orang nak masuk Islam, prasangka yang ada pada kamu tu dah mencurigai apakah begitu ajaran nya agama kita.Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

sokong Otai.. Orang nak berkuasa akan ckp apa saja..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese