22 October 2008

DUN Selangor: Ketua Pembangkang bahas satu jam - Malaysiakini

Ketua Pembangkang bahas satu jam bukti ketelusan kerajaan baru

SHAH ALAM, 22 Okt - Tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Ketua Pembangkang dibenarkan membahaskan ucapan Bajet lebih daripada satu jam tanpa gangguan besar daripada Adun kerajaan. Image

Ketelusan Speaker, Teng Chang Khim yang membenarkan Adun Sungai Panjang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berucap selama lebih satu jam membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat amat menghormati amalan demokrasi.

Selepas Khir mengakhiri perbahasan, Teng meluahkan; "Lebih satu jam Sungai Panjang berucap, saya rasa cemburu, tiga belas tahun saya jadi Ketua Pembangkang, tiga puluh minit saja yang diberi, satu minit lebih pun tidak boleh. Tapi Speaker baru bagi peluang sepenuhnya satu jam cukup."

Kerajaan Pakatan Rakyat juga membenarkan soalan-soalan daripada pihak pembangkang diajukan dalam sesi soal jawab lisan selama satu jam bermula 10 pagi hingga 11 pagi. Image

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dalam perbahasannya turut meluahkan rasa kecewa ketika menjadi Adun di bawah kerajaan BN hanya sekali saja soalan lisan diletakkan di hadapan.

Itu pun katanya, ketika Ketua Pembangkang Sungai Pinang (Teng Chang Khim) tiada dalam dewan.

Sidang kali ke-3 mesyuarat ke-12 ini yang dijangkakan selama lima hari menampakkan ketegasan Chang Khim menjalankan tugas sebagai seorang Speaker.

Ini berikutan teguran terhadap Yang Berhormat supaya mematuhi peraturan mesyuarat bukan hanya ditujukan kepada YB pembangkang tetapi Adun kerajaan Pakatan Rakyat turut diberi amaran.

Amaran itu diberikan ekoran tindakan Lau Weng San yang bangun mahu meminta penjelasan tetapi sebaliknya memberi penjelasan penuduhan. Image

Dengan tegas Chang Khim mengingatkan Kampung Tunku, apabila minta permohonan untuk mencelah tanya minta penjelasan bukan memberi penjelasan.

"Kalau tidak akur saya tidak memberi peluang langsung. Saya beri peringatan saya tidak akan memberi peringatan lagi. Kalau mana-mana ahli yang mencelah kerana hendak memberi ucapan sendiri, saya akan minta dia berhenti dengan segera," tegas Chang Khim. - Hrkh

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese