29 October 2008

Dewan Rakyat Hari Ini - Malaysiakini

Sidang Dewan Rakyat disambung kembali setelah bercuti selama dua hari iaitu 27 dan 28 Oktober 2008 kerana Sambutan Deepavali.

Hari ini (29 Oktober 2008) Dewan Rakyat akan bersidang kembali dengan agenda Sesi soalan Jawab Lisan, Perbahasan Bajet 2009 (Pihak Kerajaan menggulung peringkat Dasar bagi kementerian masing).

Sesi Soalan Jawab Lisan mulai jam 10.00 hingga 11.30 pagi.
1. Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin [ Papar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan memberikan kepada 6,000 kontraktor kritikal yang terlibat menjayakan projek rakyat di bawah RMK-9 suntikan tambahan memandangkan harga bahan binaan dan harga minyak semakin naik sedangkan harga tender yang ditawarkan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.

2. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan mengapakah terdapat masalah dalam pelaksanaan program e-tanah dalam Syarikat Precision Portal.

3. Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah boleh projek bekalan air bersih untuk Rancangan Felda dan Kg. Murut yang bakal dilaksanakan oleh FELDA, diperluaskan untuk menampung sekali beberapa kampung yang berhampiran.

4. Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah anggota polis yang telah terkorban semasa menjalankan tugas; dan
(b) apakah dan bagaimana kebajikan isteri, anak dan keluarga mereka dijaga termasuk keperluan perumahan, kehidupan dan/atau persekolahan mereka dan adakah cadangan memberi tanah lot kediaman kepada anggota yang akan pencen.

5. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bolehkah Kementerian memberi bantuan kewangan yang secukupnya untuk warga tani membeli jentera bajak, jentuai, lori pengangkutan, pam, mesin rumput dan enjin semburan racun bagi meringankan beban yang mereka tanggung untuk mengeluarkan padi.

6. Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam menangani masalah kekurangan saintis dan langkah-langkah menarik minat ke arah penyelidikan dan inovasi di universiti-universiti tempatan dan nyatakan sama ada langkah menghantar pensyarah tempatan ke luar negara telah menghasilkan kajian-kajian konstruktif yang boleh dibanggakan atau tidak.

7. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [ Batang Sadong ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di bahagian-bahagian lain selain dari bahagian Kuching di negeri Sarawak.

8. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kerajaan sedar bahawa guru-guru Bahasa Arab terlatih tidak mencukupi di sekolah-sekolah agama Kerajaan mahupun kolej dan jika ya, apakah usaha Kerajaan dalam mengatasinya.

9. Tuan Khairy Jamaluddin [ Rembau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan untuk memperkasa dan membaik pulih surau-surau terutama yang sudah usang dan tidak mempunyai kemudahan asas yang sempurna.

10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah tadika 6 tahun di sekolah yang dipenuhi oleh anak guru-guru sedangkan anak penduduk miskin tidak dapat memasuki kelas tersebut secara percuma.

11. Datuk Haji Yusoff bin Haji Mahal [ Labuan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah Kementerian akan mewujudkan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Wilayah Persekutuan Labuan untuk kemudahan rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan dan rakyat di kawasan sekitarnya.

12. Tuan Chua Tian Chang [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah usaha-usaha baru bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya komuter dan LRT selepas kenaikan petrol pada 5 Jun lalu; dan
(b) sama ada Kerajaan akan menyemak semula bayaran pengangkutan awam pada masa terdekat.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan pada hari ini adalah seperti berikut:

Soalan No. 19 - Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kos gaji dan imbuhan yang dibayar kepada pegawai JPP di Sabah, Terengganu dan Kelantan mengikut tahun dan negeri sejak ianya dilaksanakan, dari mana sumber dana tersebut diperolehi.

Untuk melihat soalan lengkap, sila lihat Aturan Urusan Mesyuarat, SILA KLIK.

Perbahasan Bajet 2009
1. Sesi Pagi antara jam 11.30 pagi hingga 1.00 tengahari - Perbahasan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
2. Sesi petang mulai jam 2.30 hingga 5.30 petang - Penggulungan oleh Kerajaan (Peringkat Dasar Kemenmeterian)

Lihat di sini: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2009

- mppas

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese