Dewan mula bersidang pada jam 10.00 pagi dengan sesi soal jawab lisan. Antara soalan MP PAS hari ini adalah:
Soalan No. 4 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah aspek-aspek yang akan diberi penekanan dalam pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan rasional di atas pindaan tersebut.
Soalan No. 6 - Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah pro-aktif Kerajaan untuk mempertingkat dan mengemas kini standard piawaian Halal yang menjadi satu cabaran besar rakyat khususnya pengguna-pengguna Islam di negara ini.
Soalan No. 12 - Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sebab-sebab syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam dibenarkan mengeluarkan arak melebihi daripada keperluan rakyat bukan Islam di negara ini hingga menjadikan Malaysia
yang dipanggil negara Islam Hadhari terkenal sebagai negara pengeksport arak jenama Carlsberg yang terbesar di dunia.
Soalan No. 16 - Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos pengeluaran minyak oleh Petronas dan jika harga jualan adalah berdasarkan kos pengeluaran dan prosesan, hantaran serta keuntungan sebanyak 100% nyatakan anggaran harga jualan petrol dan diesel di stesen-stesen minyak Petronas.
Soalan 21 -
Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan memandangkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)
membatalkan permit bas sekolah yang jangka hayatnya lebih dari 20 tahun amat membebankan pengusaha bas terutama di luar bandar yang menjalankan perusahaan yang tidak menguntungkan itu. Apakah langkah susulan Kementerian mengenai hal tersebut.
Soalan No. 28 - Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan suatu jabatan untuk menyelaras pentadbiran agama-agama lain (bukan Islam) terutamanya di dalam pembinaan rumah-rumah ibadat.
Lihat Aturan Urusan Mesyuarat di sini.
Selepas sesi soalan Jawab lisan selesai, Perbahasan Usul atau perbahasan Rang Undang-Undang akan dilangsung. Jika tiada halangan YB salahuddin akan mengemukakan usul berkaitan isu perlantikan Tan Sri Azmi sebagai Ketua Hakim Negara.
Selepas itu perbahasan Bajet 2009 akan disambung.
Jika tidak ada apa-apa halangan siaran langsung Dewan Rakyat akan disiarkan mulai jam 10.00 pagi. Siaran langsung ini dibawa khas oleh MP PAS, dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat. - mppas

No comments:
Post a Comment