06 October 2008

BN/ Umno sedang melalui fasa kelam, kata MP BN Pulai - Malaysiakini

Ahli Parlimen BN Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata BN sekarang sedang melalui fasa kelam dan Umno perlu diperkukuhkan supaya BN Kembali kuat.

“Sekarang Barisan Nasional (BN) sedang melalui fasa yang kelam dan Umno sebagai tonggak perlu diperkukuhkan supaya BN kembali kuat. Jika lambat dan menidakkan isyarat rakyat saya khuatir ia terus melemahkan parti. Bagi saya isyarat rakyat jelas Umno perlu ‘diremajakan’ supaya selaras kehendak semasa yang mahu perubahan,” katanya yang juga Ketua Bahagian Umno Pulai.

Sehubungan itu, semalam beliau mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menjadikannya pemimpin ketiga menawarkan diri ke jawatan itu.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri masing-masing bertanding jawatan itu, minggu lalu.

Nur Jazlan, 42, berkata keputusan itu sebagai inisiatif kepada perwakilan untuk memilih calon muda bagi menyuntik semangat baru kepada parti selain mengambil kira isyarat rakyat yang mahu Umno ‘diremajakan’.

“Saya mewakili generasi baru yang bukan daripada pentadbiran dua pemimpin terdahulu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden, Tun Dr Mahathir Mohammad oleh itu saya tidak akan dilihat sebagai kesinambungan kepada sesiapa. Saya akan bawa nafas baru.

“Ia juga berdasarkan senario politik semasa yang mahu wakil muda berganding dengan Datuk Seri Najib Razak yang dilihat bakal menerajui Umno selepas ini,” katanya.

Lihatlah sendiri, sekarang ini Ahli-ahli Umno sudah tercari-cari pemimpin yang berkaliber untuk memimpin memulihkan Umno. - jiwokelate

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese