Menurut salah seorang bekas ahli Majlis Tertinggi MPMUM, Ahmad Shahir Abdul Aziz, perlantikan ‘caretaker’ ini adalah tidak relevan kerana banyak perkara yang tertangguh tidak lagi diselesaikan sewaktu kepimpinan MPMUM tahun 07/08.
“Kami juga melihat bahawa ahli-ahli yang dilantik untuk menerajui kabinet ‘caretaker’ ini sebagai tidak relevan kerana sepanjang tempoh kepimpinan MPMUM pada tahun 07/08 banyak perkara-perkara tertangguh yang tidak dapat diselesaikan secara rasmi,” katanya ketika sidang media di Universiti Malaya.
Dalam kenyataan yang dibacakan, ‘caretaker’ adalah sebuah kabinet yang dianggotai oleh kesemua bekas ahli MPMUM selepas majlis berkenaan dibubarkan 2 Oktober lepas dan dilantik diatas budi bicara Naib Canselor.
‘Caretaker’ berperanan menjadi suara pelajar walaubagaimanapun tidak mempunyai kuasa untuk mengundi atas apa-apa keputusan yang ditentukan oleh pentadbiran universiti terutama hal-hal berkaitan kewangan.
“Ini bermakna ‘caretaker’ tidak mempunyai kuasa yang mutlak dan kuasa untuk mencapai keputusan akhir dalam menentukan hak dan kebajikan pelajar,” katanya lagi.
Kumpulan berkenaan, diantaranya dianggotai oleh tiga bekas ahli Majlis Tertinggi MPMUM, turut mendesak agar keperluan menetapkan tarikh pemilihan perwakilan mahasiswa secepat mungkin.
“Universiti Malaya adalah universiti terpencil yang masih belum menjalankan Pilihanraya Kampus (PRK) walaupun UM sering dicanang sebagai universiti perdana.
“Sehubungan dengan itu, keperluan menetapkan tarikh pemilihan perwakilan mesti dalam taqwim universiti sebagai permulaan sebuah erti demokrasi yang matang seperti diamalkan oleh negara maju.
Selain Shahir dua MT MPMUM yang lain ialah Nurul Khairiyah Samsudin dan Mohd Hilman Nordin selain 10 pelajar yang lain turut hadir dalam sidang media tengah hari tadi.
No comments:
Post a Comment