Ketika ditanya pemberita, beliau berkata: "Saya tidak akan sebut (tarikhnya). Pada ketika yang sesuai...kita akan menyaksikan perubahan".
"Kalau rakyat mahukan perubahan... tidak ada kuasa yang boleh menghalang dan menahan," katanya semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baharu di sini.
Di Kota Baharu Jumaat lepas, Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan baru akan ditubuhkan sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini, selepas gagal menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept lalu.
Antara yang hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim. BERNAMA
2 comments:
Anwar tukar tarikh macam tukar seluar dalam. Ingat penyokong tak pandai serik ke asyik kena tipu. Aku boring betul lah tengok perangai penipu dan manipulatif macam ni. Kalau rasa belum dapat betuk kerajaan, diam je lah! buat apa nak naikkan harapan penyokong lepas tu tengok harapan berkecai. sampai bila nak menipu ni ooii!serupa je macam pak lah!
Kenapa dulu ada tarikh sekarang tak ada tarikh pulak?
Post a Comment