31 October 2008

Altantuya: Mahkamah bebaskan Razak Baginda - Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. - Hrkh>>>

Bunuh Altantuya: Razak bebas, 2 anggota UTK diperintah bela diri

ABDUL Razak Abdullah Baginda selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi. - foto AP

[11 pagi] KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebentar tadi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu.

Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mohd Zaki mengumumkan 10 November ini sebagai tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mula bersidang pukul 9.35 pagi tadi.


NASIB ketiga-tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda bakal diketahui hari ini. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebentar tadi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu.

Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mohd Zaki akan mengumumkan tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan sebentar lagi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mula bersidang pukul 9.35 pagi tadi.

Kes berprofil tinggi itu berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, melibatkan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

Ia merupakan dua kes berprofil tinggi yang menjadi perhatian hari ini.

Satu lagi ialah kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Terdahulu, ketiga-tiga tertuduh dibawa ke Mahkamah pada 9 pagi.

Sungguhpun pintu mahkamah hanya dibuka pada pukul 8.30 pagi, namun wakil media tempatan dan luar negara serta orang ramai berhimpun di pekarangan mahkamah seawal 5.30 pagi bagi memastikan mereka dapat masuk ke dalam mahkamah kerana ruang galeri awam hanya boleh menampung kirakira 50 orang.

Bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev, yang memakai suit biru gelap tiba pada pukul 8.50 pagi bersama Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dan Duta Mongolia ke Thailand yang juga ditauliahkan ke Malaysia, Siikhuu Saisainbileg.

Peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Karpal Singh tiba pada pukul 8.57 pagi.

Ibu bapa Abdul Razak tiba pada pukul 8.51 pagi diikuti anak perempuan Abdul Razak, Rowena tiga minit kemudian manakala isteri Abdul Razak Mazlinda Makhzan tiba pada pukul 9 pagi.

Anggota keluarga Azilah dan Sirul Azhar masing-masing tiba 7.20 pagi. Azilah dan Sirul Azhar masih memakai penutup muka ala Ninja bagi menyembunyikan wajah mereka daripada orang ramai. - mstar

Malaysiakini : Abdul Razak Baginda acquitted

Mahkamah bebaskan Razak Baginda

themalaysianinsider: Razak Baginda acquitted

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese