08 September 2008

Yang ‘Lompat’ Kerana Wang dan Kuasa Tidak Diterima

Kuala Terengganu - Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan tidak akan menerima ‘lompat’ mana-mana Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah semata-mata disebabkan faktor wang dan kuasa.(Gambar - Lim (pegang mikrofon) dalam sidang media semalam)
.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat.
.
Beliau berkata sekiranya wakil rakyat BN keluar daripada parti itu semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.
"Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.
.
"Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya," kata beliau kepada dalam sedang media selepas merasmikan penubuhan dua cawangan DAP disebuah hotel dekat sini semalam.
.
Dalam majlis tersebut, Lim telah menerima senarai jawatankuasa penaja bagi cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu dengan keahlian seramai 60 orang ahli.
.
Parti itu pernah mempunyai cawangannya di Terengganu dan aktif sekitar tahun 1990-an, namun cawangan tersebut telah berkubur pada tahun 2002 ekoran pemecatan beberapa tenaga penggeraknya yang menentang keputusan DAP Pusat.
.
Antara yang dipecat adalah Encik Ng Chai Hing, yang berkhidmat sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu ketika PAS memerintah antara 1999 hingga 2004.
.
Ng Chai Hing telah memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah dipecat dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, kini kembali ke pangkuan DAP.
.
Apabila ditanya mengapakah beliau meninggalkan PKR, Ng berkata beliau lebih senang untuk aktif dalam politik bersama DAP. -
Buletin Online

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese