TINDAKAN ANEH DAN PENUH TANDATANYA
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melakukan satu tindakan yang cukup aneh dan menimbulkan banyak spekulasi – menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi mengambil pula jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib.
Tindakan di atas tidak pernah berlaku di Negara ini sebelum ini. Sebab itulah ia menimbulkan tandatanya. Antaranya adalah seperti berikut:
Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?
Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan. Adakah ini untuk menafikan Najib daripada mendapat akses kepada sebarang maklumat keselamatan dan perisikan negara yang lazimnya dalam kawalan polis dan tentera? Adakah tindakan ini akan digandingi dengan pelbagai tindakan sinister?
Berasaskan perkembangan di atas rakyat jelata perlu berwaspada, sensitif dan prihatin terhadap lain-lain perkembangan di sekeliling mereka. Ini kerana tindakan Abdullah di atas adalah aneh, luarbiasa, menimbulkan syak wasangka dan mengundang pelbagai tandatanya. Ia juga menimbulkan anxieties dan uncertainties.
Oleh itu, salahkah kalau kita tanya, adakah tindakan terbaru Abdullah ini akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap dirinya? Adakah tindakan ini juga akan menyumbang kepada usaha memantapkan politik Malaysia?
Ruhanie Ahmad
No comments:
Post a Comment