30 September 2008

Timing Anwar, timing Tok Guru - Malaysiakini

Khabarnya Tok Guru Presiden PAS masih enggan menandatangani persetujuan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan jika beliau mempunyai bilangan yang mencukupi. 16 September lalu khabarnya jumlah sudah cukup. Tetapi bilangan Ahli Parlimen yang beragama Islam terlalu sedikit. Khabarnya.
.

Apabila Ahli Parlimen yang beragama Islam terlalu sedikit, dikhuatiri institusi-institusi lain yang juga mempunyai suara dalam pembentukan pemerintahan negara tidak akan bersetuju.
.
Masa dan perkembangan kini, khabarnya, memihak kepada perancangan Anwar. Muktamadnya peralihan kuasa dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun diisytiharkan sebagai "sangat baik kepada kami" oleh Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution.
.
Saya telah lama diberitahu bahawa perancangan Anwar antara lain terjejas dan terpaksa ditangguhkan kerana keengganan beberapa pemimpin kanan PAS untuk berkerjasama. Entah benar entah tidak manalah saya tahu.
.
Saya juga tak tahu apa persetujuan yang dicapai dalam pertemuan antara Tok Guru Mursyidul Am, Tok Guru Presiden dan Anwar di Kota Bharu. Lagi pun, saya difahamkan, bukannya Tok Guru Presiden tak nak sign langsung. Dia nak sign. Tapi, tunggu lepas mesyuarat para pemimpin PAS 6 dan 11 Oktober ini. Selepas itu, mungkin dia sign. Dia tak pernah kata pun dia tak nak sign langsung.
.
Sebab itulah saya tak kisah sangat. Kalau cakap masalah timing sekarang yang terbaik menurut perkiraan Anwar, mungkin selepas itu timing lagi baik. Mana nak tau.
.
Lagi pun, mungkin Tok Guru Presiden berkata dalam hatinya, dulu anta semua bising sangat ana jumpa Umno tak ada keputusan mesyuarat, sekarang ana nak tunggu mesyuarat. Sebab itulah, kali pertama saya mendengar cerita itu, saya tak tulis.
.
Lainlah kalau berkendak dalam gelap dengan pemimpin-pemimpin Umno tanpa keputusan mesyuarat. Kalau main belakang macam tu saya tulislah.
.

Itupun saya tak panjangkan lagi cerita - termasuk apa yang dihebohkan sebagai perjumpaan 8 September lalu.
.

Saya belum pernah melihat orang berbohong dengan begitu selamba. Saya juga belum pernah melihat muktamar yang ditukarkan menjadi pesta pembohongan yang jijik. Saya belum pernah tengok semua tu dan oleh sebab itu saya tak nak tengok.
.
Penarik Beca

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese