09 September 2008

Tidak ada undang-undang larang pindah parti - Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (Suara KeADILan) - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim mengatakan bahawa tiada undang-undang yang menyekat atau melarang mana-mana ahli Parlimen berpindah parti.
.
Zaid berkata bahawa sebelum ini ada usul yang meminta supaya menguatkuasakan undang-undang larang pindah parti tetapi tidak ada siapa yang menyahut.
.
“Dulu saya pernah mencadangkan supaya buat undang-undang ini tetapi tidak ada siapa yang mahu,” katanya ketika sidang media Hari Persidangan Hak Asasi Manusia di salah sebuah hotel pagi ini.
.
Dalam perbentangan Belanjawan sebelum ini Perdana Menteri Abdullah Badawi menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan mana-mana ahli Parlimen BN bertukar parti.
.
Katanya mengenai ura-ura penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen BN ke Pakatan Rakyat Zaid enggan mengulas lanjut tentang perkara itu dan hanya berkata “Lompatlah.”

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese