19 September 2008

Teresa Kok Sudah Dibebaskan

Teresa Kok released
Friday, Sept 19, 2008: DAP Seputeh MP Teresa Kok was released at 1pm today, after being held under the Internal Security Act for a week, revealed her lawyer Sankara Nair.

At press time, she was at the Jalan Travers police station waiting for her release documents to be processed, he told Malaysiakini.

Kok walked out from the police station at 1.40pm along with Sankara and her personal aide, Mandy Ooi.

She will be holding a press conference at 3.30pm at the DAP headquarters in Petaling Jaya.


Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya

Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya - Peguam Teresa, Sankara Nair

Teresa Kok dibebaskan

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi.

Peguam Teresa, Sankara Nair berkata, beliau dibebaskan kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

“Saya baru bercakap dengan beliau (Teresa). Sebab-sebab beliau dibebaskan belum dimaklumkan kepada saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Sankara dikatakan telah pun mengambil Teresa di Balai Polis Jalan Travers, Brickfileds.

Teresa merupakan individu kedua yang ditahan di bawah ISA pada Jumaat lalu selain penulis laman berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, dalam sidang medianya pada Sabru lalu, Teresa ditahan di bawah ISA berhubung kenyataan beliau yang meminta laungan azan pada waktu pagi dihentikan.

Teresa sebelum ini dikatakan akan ditahan selama 28 hari untuk disoal siasat.

mstar.com.my

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese