18 September 2008

Terengganu Masih Belum Terima Wang Royalti Minyak Sampai Sekarang!!!

Kerajaan negeri Terengganu belum menerima wang royalti Petroleum dari Petronas walaupun kini sudah masuk pertengahan bulan September.
Kerajaan negeri Terengganu belum menerima wang royalti Petroleum dari Petronas walaupun kini sudah masuk pertengahan bulan September. Pada 5hb September lalu, genap lapan tahun pemberhentian pembayaran 5% wang royalti Petroleum oleh Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu.

Terengganu Masih Belum Terima Wang Royalti Minyak Sampai Sekarang!!!

Kuala Terengganu - Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) pada hari Selasa ( 16/9, semalam) te;ah mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong AL-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan, merafak sembah rintihan dan harapan Rakyat Terengganu khususnya dan Rakyat Malaysia Amnya. ”Tujuan utama MAMPAT mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong adalah untuk menpersembahkan hasil kehendak dan harapan Rakyat Terengganu melalui Resolusi Konvensyen Royalti Petroleum yang telah dianjurkan oleh MAMPAT pada 14 Jun 2008 yang lalu,” kata Pengerusi MAMPAT Mohamad Fauzi bin Abu Samah dalam sidang media yang diadakan di kediaman Penaung MAMPAT, Tengku Seri Paduka Raja.

Menurut Fauzi antara penegasan yang dibuat pada Konvensyen tersebut adalah Royalti Petroleum merupakan Hak Rakyat Terengganu dan ia mestilah dipulangkan berasaskan kepada segala fakta sejarah dan perundangan. Selain itu beliau menegaskan perjuangan untuk mendapatkan kembali Royalti Minyak adalah PERJUANGAN RAKYAT tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum serta kegagalan menyerahkan Royalti adalah satu pencabulan kepada semangat federalisma.

Beliau berkata antara tuntutan yang telah dirumuskan oleh Peserta Konvensyen Royalti adalah menuntut Kerajaan Pusat untuk mengembalikan semula royalti yang telah dinafikan sebanyak 5 % dalam kadar yang segera selain menuntut supaya kadar Royalti kepada Negeri Terengganu dinaikkan kepada 20 % sehinggalah hilang status sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia.

”MAMPAT juga memutuskan untuk turut menyampaikan Resolusi Konvensyen kepada 9 Institusi lain selain daripada SPB Yang Di-Pertuan Agong termasuk Perdana Menteri (PM), Majlis Penasihat Pemangku Raja dan Menteri Besar untuk menyampaikan salinan Memorandum Rakyat sepertimana yang disampaikan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,”kata beliau Mengulas tentang majlis mengadap SPB Yang DiPertuan Agong, Fauzi berkata ia berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana yang amat mesra. ”Empat orang Ahli Majlis MAMPAT telah bersama di dalam Majlis Pertemuan ini.

Perbincangan bermula pada kira-kira jam 11.30 am dan berakhir pada jam 12.05 tengahari,”jelas Fauzi Mengulas lanjut janji Perdana Menteri berkaitan penyerahan royalti beliau berkata sehingga kini MAMPAT mendapat maklumat dan difahamkan bahawa JANJI-JANJI PM untuk menyalurkan Wang Royalti pada minggu pertama September 2008 adalah suatu PEMBOHONGAN di mana Kerajaan Negeri masih lagi tidak mendapat sebarang bayaran seperti mana yang dijanjikan.

http://buletinonline.net

1 comment:

Anonymous said...

untuk selesaikan masalah tu senang je.......... tak payah pening kepala. Semua MP keluar BN join PR bila majoriti dah ada kita minta la royalti tu sebab PR tak makan duit tu...... BN je yang makan duit haram

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese