12 September 2008

Raja Petra di tahan di bawah ISA jam 1.10pm tadi !!!...

Sah! RPK ditahan ISA. Isterinya Marina Lee Abdullah mengesahkan perkara ini. Raja Petra Kamarudin ditahan dirumahnya pada pukul 1.10 pm tadi dirumahnya di Sungai Buloh oleh 10 orang polis.

Klik disini.

Ini adalah kali kedua RPK ditahan dibawah ISA. Kali pertama ialah sewaktu gerakan Reformasi memuncak pada tahun 2001.

Kempen untuk mendesak kerajaan Malaysia untuk membebaskan Raja Petra Kamarudin dari ditahan ISA perlu dilakukan semula.

Bebaskan RPK!!! Tumbangkan BN!!!

Raja Petra ditahan di bawah ISA, Kamarudin kata ia berat sebelah
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Hrkh) - Harakahdaily dimaklumkan pengendali laman web Malaysia-today, Raja Petra Kamarudin dilaporkan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 1.10 petang tadi.
.
Sehingga kini, kata sumber polis masih berada di rumah Raja Petra dan beliau belum di bawa ke mana-mana pusat tahanan lagi.

Sementara Malaysiakini turut melaporkan isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah menyatakan suaminya ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra sebentar tadi.

Mengulas penahanan itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam kenyataan awalnya menyifatkan ia satu perkembangan yang mengejutkan tatkala kerajaan mengumumkan pembebasan sekatan terhadap laman web.

Ujarnya lagi, ini satu halangan kepada kebebasan akhbar dan maklumat di negara ini selain menunjukkan sikap 'double standard' kerajaan berikutan penahanan terpilih.

Jika benar ada bukti, sepatutnya kerajaan menghadapkan Raja Petra ke mahkamah terbuka, katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese