11 September 2008

POLIS KE IBU PEJABAT P.K.R

Sebentar tadi kira-kira jam 10.00 Pagi telah di adakan satu mesyuarat khas Biro Politik di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat Merchant Square Damansara yang di hadiri Ketua Umum sendiri Dato Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Majlis Pimpinan Tertinggi.
.
Keadaan yang pada mulanya tenang hangat seketika apabila kenderaan polis muncul di hadapan Ibu Pejabat tersebut. Sejurus selepas itu turun dua pegawai yang cuba untuk memasuki ibu pejabat dengan tujuan ingin mengambil kenyataan polis dua pimpinan keadilan iaitu Saifuddin Nasution dan Zuraida Kamaruddin berkenaan Himpunan Keluarga Merdeka yang di adakan pada 31 Ogos lepas.
.
Menurut polis berkenaan soal siasat di jalankan ekoran himpunan merdeka yang di adakan tanpa permit yang berlangsung pada jam 3 Petang di Kelab Sultan Sulaiman.
.
Apa yang di kesali Pihak Polis sendiri yang membenarkan program itu berlangsung namun permit tidak akan di luluskan dengan alasan mereka kekurangan anggota dan tidak mahu bertanggung jawab di atas apa apa yang berlaku khususnya dari aspek keselamatan.
.
Di samping itu himpunan yang di adakan di Kelab Sultan Sulaiman yang merupakan kawasan persendirian dan juga di kawasan bertutup masih kami dahulukan kerja sama di antara pihak polis dengan permohonan permit.
.
Namun hari ini pada jam 11 Pagi pihak polis telah ke pejabat parti keadilan dengan alasan pihak penganjur menganjurkan program tanpa permit.
.
Walaubagaimanapun kerjasama tetap di beri namun apa yang di kesali apabila mereka cuba untuk memutar belitkan fakta. - Parlimen Ampang »

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese