Polis hari ini menghalang usaha sekumpulan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk mengedar risalah menggesa supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.
.
Mereka cuba berkumpul dekat Masjid Jamek berhampiran Dataran Merdeka untuk mengedar risalah tersebut tengahari tadi.
.
Bagaimanapun, belum sempat mereka berkumpul, sepasukan polis yang diketuai oleh ASP Sydney Clyde Jeremiah memberi amaran kepada penyelaras GMI, E Nalini supaya jangan menggunakan pembesar suara dan membawa sepanduk.
.
Mereka bagaimanapun cuba memasang kain rentang dan sepanduk di kawasan berdepan dengan masjid, tetapi anggota polis bertindak membuangnya.
.
"Kita tidak mencapai matlamat kita untuk mengedarkan risalah kerana anggota polis berada di mana-mana dan mereka mungkin akan turut merampas bahan-bahan tersebut," kata Nalini kepada Malaysiakini.
.
Selepas kain rentang dan sepanduk tersebut dirampas, Presiden GMI Syed Ibrahim Syed Noh membaca kenyataan yang mengecam tindakan kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu-individu tanpa bicara. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment