19 September 2008

Pelaburan USD 1,000,000,000,000.00, Pakatan Rakyat Memerintah

USD 1,000,000,000,000.00 [ Baca USD 1 trillion ]

“…….Jika Pakatan Rakyat memerintah, kemasukan USD1 trillion pelaburan asing akan menjana aktiviti ekonomi yang aktif dalam negara, sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi negara yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat. Ini yang sebenarnya rakyat kehendaki. …..” – YB DSAI

Ulasan- Begitu lah kehebatan yang ada pada Anwar , yang sangat dicemburui oleh semua pimpinan umno dulu dan kini , samada mahathir , pak lah dan lain – lain Kepercayaan orang banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan kita.


Pelabur perlu yakin dengan kita , sikap kita , peribadi kita , politik kita , Negara kita , jumlah bukan soalnya , tetapi itu lah hakikatnya

Angka di atas , kalau ditukar ke duit Malaysia , jumlahnya jadi RM 3, 450,000,000,000.00 , dengan andaian USD 1 = RM 3.45

Nota
Kalau macam tu banyak , barangkali mahahir pun tak jadi lari kot

Cerita selanjutnya

Oleh itu Abdullah dan BN tidak boleh menuduh Anwar mensabotaj ekonomi negara. Jika mereka gagal menguruskan ekonomi dan tidak mempunyai karisma untuk menarik pelabur asing, itu bukan salah Anwar.

Anwar sering dituduh proksi Amerika dan Barat. Kesempatan sebagai 'proksi' Barat ini boleh diambil Anwar untuk menarik pelabur dari blok Barat.

Tetapi jangan lupa, Anwar juga 'agen' negara-negara Arab! Sebahagian besar rakan-rakan beliau adalah PM dan Menteri yang menjaga ekonomi di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, UAE, Bahrin dan sebagainya.

Sudah tentu hubungan persahabatan dan kepercayaan negara Arab yang sering menjemput Anwar sebagai penasihat ekonomi mereka, merupakan kesempatan terbaik Anwar untuk menarik pelabur-pelabur asing daripada negara Arab.

Manakala di blok Timur pula, Anwar sering diundang untuk berucap dalam forum-forum ekonomi anjuran negara China, sama ada di Shanghai atau Hong Kong, malah di Singapura juga.

Selain bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak ramai rakyat Malaysia, berketurunan Melayu yang mendapat kepercayaan kuasa besar ekonomi China.

Setakat ini Abdullah dan Najib, belum termasuk dalam senarai pemidato ekonomi. Justeru kesimpulan daripada dakwaan sebagai proksi Barat, hubungan erat dengan negara Arab, serta keyakinan kuasa ekonomi China terhadap Anwar, ianya akan dapat membantu memulihkan ekonomi negara, jika beliau diberi mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Hakikatnya Pakatan Rakyat sudah bersedia memerintah negara dengan jaminan keselamatan negara, perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan keadilan sosial.
Mari kita membantu menyegerakan!_
RUJUKAN "


Ulitmayang (Tranungkite)

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese