“tetapi saya yakin dan InsyaAllah (ia akan selesai), oleh kerana kita sendiri (PAS) sebagai pembangkang
yang sangat bertanggungjawab yang boleh memberi sumbangan kepada kestabilan politik negara dan negeri kita, “ujar beliau mengulas perkembangan politik tanahair masa kini.
Menurut beliau antara sumbangan yang diberikan oleh PAS adalah membangunkan pendidikan kepada generasi muda waktu ini.
“Pendidikan salah satu daripada perkara yang sangat asas dan sangat penting, dan biasanya pembangunan manusia dihubungkait dengan pembangunan pendidikan,
”Generasi pada waktu ini pada suatu ketika nanti merupakan orang-orang yang diletakkan di tengah-tengah masyarakat,
“generasi demi generasi akan muncul dan semua akan memainkan peranan,”kata beliau yang turut melancarkan dana pembangunan untuk institusi pendidikan tersebut (Gambar kanan).
Ketika mengulas pembangunan umat Islam, beliau berkata Islam adalah ugama yang paling pesat membangun dengan pertambahan penduduk Islam meningkat kepada 20% dari jumlah 7 bilion penduduk dunia.
Walaupun begitu menurutnya, umat Islam yang berjumlah 1.5 bilion menghadapi cabaran diseluruh dunia dari sudut ekonomi dan pendidikan terutamanya di negera-negara Afrika.
”Dalam dunia Islam terutamanya sekali di benua Afrika kita umat Islam menghadapi kekurangan dari segi ekonomi dan pendidikan disebabkan perang yang tidak berhenti-henti termasuk perang saudara,”jelas beliau.
Beliau yakin pembangunan yang dilaksanakan oleh PAS negeri Terengganu dapat dijayakan kerana ia dilaksanakan mengikut kemampuan dan muafakat pendokongnya.
”Inilah sebenarnya rahsia yang kita menjadi berjaya oleh kerana kita mengikut apa yang termampu kita buat, kita akan buat,
”Sudah RM 700,000 duit yang telah digunakan, tidak ada satu sen pun duit kerajaan,”tambah beliau mengulas pembangunan masjid yang sedang dibina di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (Gambar kiri).
Buletin Online
No comments:
Post a Comment